jangan salah faham
mase aku publish entry penantian semalam, ada orang tanya aku,
kau kenapa, tak sabar nak kawin dah ke?
terserdak aku tetibe...iskh...bukan mcm tu...aku tak terfikir lagi untuk kawin dalam masa terdekat ni...
habis tu kenapa kau tulis mcm tu?
entah...aku cuma rasa sesuatu yang orang lain tak rasa....dan aku terfikir...tu yang aku tulis tu...
kawin2 ni bukan perkara mudah, paling penting, bukan untuk sehari dua...aku nak kawin bila aku rasa aku betul2 dah ready...
kenapa aku tulis mcm tu?
korang pernah tak terfikir apa tujuan hidup kita ni berpasangan? jawapan yang sangat klise adalah utk saling melengkapi antara satu sama lain, tp maksud sebenarnya, hanya orang tu sahaja yang tahu dan tak perlulah kot aku nyatakan alasan aku kat sini kan...
kita hidup sehari2 ni sebenarnya adalah untuk mengenali diri sendiri mcm mana, tak de sape pun dalam dunia ni boleh ramal bagaimana hidup kita nanti, ayat yang aku sangat suke guna, kita manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan hanya dia, sebab tu lah kita kena sentiasa berserah pada dia, sebab dia je yang tahu apa yang terbaik untuk kita...
jadi jangan salah faham hokeh...
notakaki : emo sekejap...sedih bila tak dihargai...
Comments