'SEGMEN JOM BERKENALAN"
tadi usha2 kawan akunye blog, tak lain tak bukan, si enhear ni lah, pastu, dia de join satu segmen nih, aku yang tatau nak buat apa kat umah my sis nih, tergerak ati ler nak join...tak salah kan...
macam mana nak join? caranya senang je, leh baca sendiri kat sini...takpun, tgk je mcm mana aku buat...
1. buat satu entry bertajuk "SEGMEN JOM BERKENALAN" --> ni dah buat dah ni...check!!
2. letak banner segmen dalam entry nih, nak letak kat side bar pun boleh gak...pastu linkkan ke entry tuan tanah...--> dah letak dah, siap letak kat side bar pun, hehehehe...saje nak penuhkan koleksi...sekali sekala...dah link kan dah pun...check!!
3. jawab 7 soalan iaitu
apakah status anda? hahaha...jarang orang tanya soklan mcm nih...okeh...aku masih lagi berstatus bujang...
ceritakan tentang diri anda...hah...apa yang korang nak tau? aku seorang perempuan, dah habis belajar, masih lagi belum bekerja, tinggal bersama mak ayah, kadang2 duk umah my sis, tak suka habiskan masa dengan tak buat pape, selalunya, akan ada je keje yang aku nak buat, start dari nak sepahkan umah smpailah bersihkan umah balik...berpegang pada pepatah, takde koroje carik koroje, ade koroje buat koroje...ngeh3
ceritakan tentang blog anda...blog ni, mmg dari awal lagik aku guna tema reality + fantasy = writings...so, sudah terang lagik bersuluh lah kan, apa sahaja yang berkaitan dengan hidup aku, tak kira sama ada ia adalah kenyataan atau impian, sume aku bantai simpan kemas2 dalam blog nih...so, kalau tetibe dalam sehari ada 4,5 entry, hmmm...sila jangan nyampah ngan aku...adalah tu yang aku nak sampaikan...tp terus terang aku cakap, tak sume yang aku tulis adalah benar sebenarnya...perlu jaga privasi pihak lain...
apa pandangan anda tentang dunia blog...dunia blog? bagi aku, dunia blog ni sangat istimewa, mcm2 yang kita boleh lakukan, tak kiralah nak buat reformasi ke, nak buat tempat perbincangan ke, mcm2...dunia blog ni sangat luas, jalinan sosial yang boleh kita buat melalui dunia blog ni lebih cepat daripada jalinan sosial secara alam nyata...jadi, silap ari bulan, boleh sesat dalam dunia blog nih...berhati2...
nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog...sekarang ni, ramai orang nak berblog...mcm2 blog kita boleh jumpa, setiap org ada harapan masing2, mcm2 yang kita boleh sampaikan melalui blog nih...boleh jadi baik, boleh jadi buruk...jadi, ambil yang baik, hindar yang buruk...dunia blog, dunia tanpa sempadan, jadi kita sendiri yang perlu jaga sempadan itu...blog2 jugak, tp ingat...jaga iman di dada...jaga batas2 yang telah ditetapkan dalam agama...
nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda...unik? aih...konpemla blog aku ni unik sbb sumenya berkisar ttg hidup aku, mana bleh jumpa kat blog org lain, melainkan aku ni artis mcm siti nurhaliza ke apa ke...hehehe...takmo lah angkat bakul ke hape kan, tp kalau korang perasan, blog aku ni memaparkan sume benda yang aku terlibat, start daripada mengait, menjahit, menulis dan mcm2 lagi...kan unik tuh...
sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog...aku start menulis masa aku di bangku lagi, masa tu tak kenal lagi blog tu apa, pas kenal blog, tak salah aku tahun 2005, sampaila hari ni aku menulis, tp sume tu tak kekal lama, aku delete2 dah sume, so, start ngan therosputih nih, aku maintain sampai la ke hari ni...dan aku harap, aku dapat meneruskannya sampai akhir hayat aku...
4. tag 4 rakan blogger yang lain...
aih...bab tag mengetag blogger lain ni yang aku lemah
wah...ada rasa mcm buat esei bahasa melayu lak...hahaha...amacam...jenuh tak membacanya...ada hati nak berkenalan ngan aku lagi tak? hahahaha...meh la kita berkawan...kwang3...
notakaki : aku suka menulis ttg apa sahaja berkaitan dengan hidup aku
Comments
"dunia blog? bagi aku, dunia blog ni sangat istimewa, mcm2 yang kita boleh lakukan, tak kiralah nak buat reformasi ke, nak buat tempat perbincangan ke, mcm2...dunia blog ni sangat luas, jalinan sosial yang boleh kita buat melalui dunia blog ni lebih cepat daripada jalinan sosial secara alam nyata...jadi, silap ari bulan, boleh sesat dalam dunia blog nih...berhati2..."...
saya ingt sampai bila2 k..kata2 itu nasihat..salam perkenalan!
sama2...tahniah sbb anjur segmen yang agak bagus...ramai join nampaknya..tahniahlah...itulah bukti kuasa blog kan...
sweet tang mana tuh...hihihi
thanks yer...