over a year now
sedar tak sedar kan, dah masuk bulan 4 dah, dan dah lebih setahun dah aku duk sakit2 macam ni...bermula daripada seorang yang agak lincah dan aktif, paling penting rajin bekerja...hakhakhak...ayat puji diri takleh blah kan...aku jadik kepada diri aku yang sekarang...
walau apa pun yang berlaku, aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan nikmat yang tidak terhingga...bertuah aku untuk dipilih merasai semua pengalaman ini, dan di blog ni, menjadi saksi segalanya...aku banyak berkongsi perihal diri aku ni kat sini, walaupun tak semuanya kan...
nak imbas kembali lah semua kenangan tu...
bibit2 awal perkenalan kepada si kaki tiga, wakakaka
pengalaman duk wad dengan dipakaikan beban
seberat 7kg, 8kg untuk setiap belah kaki selama hampir
24 jam sehari
hidup ni dah rasa maam gini jer, ada sebelah je kaki
dan yang paling penting dalam semua ini, aku rindu nak
drive sendiri
penat dah wei hidup dengan asyik bergantung harap pada orang lain, terutamanya banyak menyusahkan encek leo sepanjang aku ada kat sabah...bayangkanlah, aku nak ke mana2, sume nak bergantung pada orang lain, sampaikan orang kat sekeliling aku nih kena stop keje dorang sat, semata2 nak bantu aku...cit...aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa...
di kesempatan nih, moh kawan2, kita pakat2 tadah tangan dan doakan kesejahteraan kita semua
ya allah ya tuhanku, engkau jadikanlah aku antara hambamu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang telah engkau berikan kepadaku
ya allah ya tuhanku, andai kata telah tiba masanya untuk engkau mencabut nyawa ini, engkau cabutlah nyawa aku di saat tubuhku sujud kepadamu, di saat hatiku sentiasa mengingati mu, di saat lidahku tidak henti2 memuji dirimu, dan jadikanlah aku antara hamba pilihanmu
notakaki : aminnnn....
Comments
#Setiap kepahitan mesti ade kemanisan nye dear "dugaan itu indah" :)
sabar ye.. semua tu ada hikmahnya... boleh akak tahu kenapa ain jadi camtu? exciden yer?
mcm mana baby skrg?
itulah...semoga terus bertahan dan bersabar...
insyaallah...
tak excident pun, tetibe je akak...
alhamdulillah, alia sihat2 hendaknya...
time kasih banyak2 sue bee...
aminnnn...semoga semuanya indah2 di depan ni nanti...