a dan b : kami sudah tidak sebilik - part 1

a : beb...kau apa cerita sekarang...
b : aku macam ni je lah, nothing interesting kot
a : anak macam mana? dah bape bulan dia?
b : alhamdulillah, sihat dia...makin bambam...bulan ni, dah masuk 5 bulan dah dia
a : lama tak tengok baby, siapla kalau aunty jumpa dia, cubit2 pipi dia
b : hehehe...insyaallah, nanti ada la kesempatannya
a : kau ni datang sorang saje ke? mana suami? ke dia keje?
b : dia? keje kot
a : uik...boleh main kot2 ek?
b : hehehe, ntahla...aku pun taktau dia keje ke apa ari ni
a : awat...hang ni tak duk sama ngan dia ka?
b : duduk sama je, itupun kalau aku balik kampung, kalau tak, memang tak sebumbung
a : ?????? cuba kau cite sket...

b : sebenarnya...aku ngan dia dah tak de ikatan pape dah...dia ceraikan aku masa aku sarat mengandung tahun lepas, lepas aku bersalin je, jatuh lah talak ke atas aku

a : what? habis tu, apa maksud kau duduk sama kalau balik kampung?

b : takde sape pun tahu pasal ni, family aku, family dia, kawan2 semua...aku cite ni kat kau sorang je dan aku harap kau rahsiakan semua ni, biarlah aku sendiri yang bagitau sume orang, buat masa ni, aku belum punya kekuatan...terus terang aku cakap, kalau aku balik rumah aku, memang kami dah tak tinggal bersama, aku duk sorang2 je ngan anak aku...hidup aku tak banyak masalah...tapi bila kami balik kampung, kami berlakon seolah-olah kami masih suami isteri, cuma kami tak tidur sama
dahla...tapi masih sebilik....aku tidur kat atas katil, dia tidur kat bawah...setakat ni, family masih
taktahu apa2...

a : sampai bila kau nak teruskan macam ni? kau ngan dia bukan lagi muhrim...anak kau macam mana?

b : aku sendiri pun tak tahu sampai bila, aku cuma perlukan masa, aku belum ada kekuatan nak bagitahu hal sebenar kepada keluarga aku, keluarga dia...aku sendiri pun tak mampu nak simpan lama-lama, sebab tu aku cerita kat kau...anak aku, setakat ni, aku la yang jaga dia...bekas suami aku langsung tak amek tahu, kecuali kalau kami balik kampung, terpaksala dia amek tahu, kalau tak pecahlah rahsia kami...

a : aku ni pening dengan kau dan dia...
b : takpe...jangan pening-pening, buat masa sekarang ni, aku cuma perlukan kekuatan...aku perlukan kawan untuk bantu aku
a : jangan bimbang, you can count on me...

bersambung.....

notakaki : masalah perlu dikongsi, bukan dipendam

Comments

JaSSNaNi said…
astaqfirullah halazimmmm...
tak baik citer ni lama2 di rahsiakan.. lambat laun makin teruk nanti nak di citerkan kat keluarga.. lg pun dah bukan muhrim.. ape pun kalau berbaik itu lebih baik... apa salahnya.. melainkan kalau dua2 dah tak suka.. wallaualam... empunya badan lebih mengetahui.. allah yang maha esa dah aturkan titik hidup kita.. sian dia dah baby..
Wanney Din said…
seeloknya selesaikan cepat2. time will heal the pain. anak kita yg akan berikan kita kekuatan utk hadapi segala cabaran :)
WaneyZainuddin.com
therosputih said…
kak jassnani
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
therosputih said…
kak waney zainuddin
anak adalah anugerah dan amanah...
Unknown said…
laa... kesiannye.. tp cara dia tu salah la.. camne pun dia kena trs terang..smpai bila nk mcm tu..paling kesian kat anak dia...
therosputih said…
deqla manjew
mmm...itula...cuba bg sokongan sepenuhnya...
Cik Puan said…
nape tak terus terang je...sampai bile nak menipu orang sekeliling....tak baik tau dah cerai still tido sebilik walaupon tak sekatil..
therosputih said…
cik azlyzah
sama2 kita doakan yang terbaik buatnya...
JaSSNaNi said…
betul ain... kita yg tak merasa ni hanya boleh cakap je.. moga dia terus kuat menghadapi dugaan allah.. dan ada sinar di satu hari nanti..
Syamimi Saad said…
tersentap baca kisah ni.. mslh tu tetap juga kena diselesaikan dgn segera.. supaya mslh lebih besar tak timbul..salah pham tak terjadi..
Syamimi Saad said…
nak tahu juga kisah smbungannya..
ayut said…
ain....isu mcmni kena someone be strong.apa pon ayut doakan yg terbaik bt kawan2x ayut yer...
therosputih said…
kak nani
doakan dipermudahkan segalanya untuk dia...
therosputih said…
mimie
tunggu eh...nnti kita share sini sekadar untuk renungan...
therosputih said…
ayut
itulah...sama2 doakan...
mommyfiqa said…
doakan yang terbaik jer yang mampu..

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing