kerana dia seorang anak perempuan, isteri dan ibu

sambil2 aku singgah entry terbaru kalian, aku tersentap dengan satu entry nih, entry dari kak waney zainuddin, aku copy entry asal dan tepek kat sini untuk perkongsian dengan korang plak...sama2lah kita renungkan baik blogger lelaki mahupun perempuan...insyallah...

ada sebab mengapa syurga di bawah tapak kaki si pemilik rahim



RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


notakaki : sedih...

Comments

JaSSNaNi said…
artikel ni saya baca berkali2.. betapa terharu mengenangkan emak kita sendiri bila melahirkan kita dulu.. dan sekarang ianya terjadi bila kita pula lahirkan anak sendiri.. masya ALLAH.. tak terhingga rasanya betapa besar pengorbanan bagi seorang ibu.. kan
Cik Puan said…
yeahhhh...cik pon bace entry ne bebalik.terus rindu dekat mak yang dah banyak berkorban tuk diri ne :(
therosputih said…
kak jassnani
itulah, sebab ain rasa entry nih sangatlah bermakna, tu yang copy sini plak...untuk dikongsi bersama rakan yang lain...
therosputih said…
cik azlyzah
jangan sesekali lupa dan abaikan ibu bapa kita, mereka dah banyak bersusah payah demi membesarkan kita sehingga ke hari ini...
Cik Puan said…
In Shaa Allah..takkan di lupakan dear ;)
therosputih said…
cik azlyzah
insyaallah...
Unknown said…
sebak pulak baca entri ni..huhu... betapa istimewanya insan bernama wanita...lagi2 yg bergelar IBU. ;)
therosputih said…
deqla manjew
sayangi dan hormatilah ibu kita selalu...WAJIB!!
JaSSNaNi said…
anak hakak yg haikal 6 yrs tu, selalu tanya akak mcm mana fiyya kuar ikut perut... so tunjukkan dia u-tube kelahiran tu.. sedey sangat dia.. kesian mama dia kata.. sib baik dia tak tau ada teknik lain lahirkan baby.. :D kalau tidak malu mama nak citer..
Syamimi Saad said…
tersentuh rasa hati.. :'(

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing