aku sakit apa?

hari tu, masa aku rasa badan aku lemah2, tak sihat, aku ada la story sket2 kat sini kan...pastu byk email masuk kat alamat email aku, tanya aku mcm mana, sihat tak, dan yang paling aku rasa sangat bersyukur, atas doa kalian, semoga aku cepat sembuh la, semoga aku tabah la, mcm2...time kasih banyak2...

pastu, bila ada yang tanya, aku sakit apa...hmmm...aku tatau nak cakap ke tak, sbb aku tak bape suka nak hebohkan kat sume org aku sakit apa...adalah tuh kan...aku punya sebab tersendiri utk tidak menyatakan secara tepat di sini, sbb nnti, aku jugak yang kena tanggung sorang2, badan aku ni jugak yang menanggung, jadi, aku takmaulah ganggu gugat kestabilan emosi yang telah aku capai setakat ini...

tp kat sini, aku share lah sikit...bukan untuk meraih simpati kalian, tak perlu tak perlu, aku tau aku kuat, aku mampu hadapinya, kalau aku tak mampu sekalipun, aku dah takde pilihan, ni aje badan yang aku ada, jadik...aku terima sajalah kan...

okeh...aku start sakit2 since i was 8, tp masa tu, tak bape perasan lagi...masa aku umur 9tahun, secara rasminya, aku perasan perubahan hidup yang aku alami...dan my parents pun menyedarinya...berubat sana sini, jumpa doktor sana sini, ahhh...semuanya lah buat...makan ubat mcm2...ohhh...sangat tidak suka...sume ni berlarutan sampailah aku masuk u, dan aku dah penat ngan cara hidup yang sebegitu, smpai oneday, aku bgtau kat ayah aku, aku nak berenti dari jumpa doktor, ayah aku diam je, maybe sbb masa tu, aku dah besar, dah boleh fikir mana satu yang baik untuk aku, simple je ayat ayah aku time tu, kalau rasa makin teruk, sambunglah balik rawatan tu...

aku tau ayah aku mahukan yang terbaik utk anak dia...tiap kali aku jumpa doktor, ayah aku la yang teman, dari awal menunggu sampaila masuk bilik doktor, takdepun sesaat dia tinggalkan aku suh pegi sorg2...romantik tak my father? hehehe...kadang2 aku kesian jugak kat dia, sbb dia terpaksa amek cuti utk hantar aku gi sepital, pastu menunggu berejam2...huih...tau kan, menunggu itu satu penyeksaan, dan ia mmg menyeksakan...no doubt!!!

aku ingat lagi, ada sekali tu, aku dah form bape tah, malas nak ingat balik, aku spt biasa, duduk2 tunggu turn ngan ayah aku, pastu ada sorg makcik yang jugak nak tunggu turn, tegur ayah aku, dia ingat aku ni bini ayah aku, sbb aku sangat manja ngan ayah, hahaha...mesti dia ingat aku ni bini muda ayah aku kan...hahaha...tak kisahla, dah banyak kali dah org salah faham hubungan aku ngan ayah aku sejak aku meningkat dewasa remaja...

ubat? hoho...salah satu spesis atas muka bumi ni yang aku SANGAT SANGAT tak suka...kenapa? sebab, sejak aku kecik2 lagi aku dah kena makan macam2 jenis ubat, sebut aje painkiller apa yang ada kat pasaran...sume aku pernah try...smpaikan, last painkiller yang aku amek adalah painkiller yang mmg takde dijual kat farmasi biasa, dan tak boleh dibeli secara sesuka hati...kena ada surat doktor, dan tak boleh dimakan sembarangan...pernah sekali, aku kehabisan ubat tu, menggigil2 aku tahan sakit, tunggu cerah esoknya, nak gi sepital, amek stok baru...huh...tobat, aku takmo kejadian mcm tu berulang lagi...

aku ingat lagi pesan doktor aku,
awak kena bawa surat pengesahan ni ke mana2 awak pergi jika awak ada ambil ubat tahan sakit ni, kalau tak, susah awak nanti

kenapa? sebab ubat tu sangat tinggi kandungan dadahnya, doktor tu cakap lagi,
kalau awak makan ubat ni, pastu awak kena tahan dek polis, buat ujian air kencing, confirm awak kena tahan


haha...confirmla aku cuak, dan mmg aku sentiasa bawak surat pengesahan doktor tu ke mana saja aku pergi...aku ingat lagi, aku ada sorang kawan, mak dia polis, pastu aku mintak tolong ngan dia, aku nak try buat ujian air kencing hari yang sama aku ambil ubat tu, dan korg tau apa? positive beb...hahaha...aku ni termasuk dlm golongan penagih dadah kah? hmmm...

dan sekarang ni, aku dah tak ambil dah ubat2 tahan sakit tu sume, dah tak pegi hospital utk sambung rawatan, dan dah tak jumpa doktor aku tu dah...hospital ada tepon byk kali tanya perkembangan aku, aku diam je...hahaha...pasni, kalau aku sambung rawatan, agak2nya, berbakul2 aku kena bebel ngan staf kat sana kan? hahaha...tadah telinge je lah gamaknya....

hari ni, satu je yang aku rasa sedikit ralat selepas apa yang aku alami, aku takde masa kanak2, masa kanak2 aku byk dihabiskan dgn aktiviti2 perubatan, dan pengalaman tu sume tak sama ngan main kejar2, main masak2...hmmm...

hari ni jugak, aku rasa emosi aku semakin kuat berbanding dulu...aku selalu cakap, allah takkan uji hamba dia yang lemah, allah akan uji hamba dia yang kuat, jadi, aku bertuah berada dalam golongan yang kuat...walaupun kadang2 aku lemah sama lemah ngan badan aku, tp aku akan ingatkan balik, aku orang yang kuat...ya, aku kuat...

waa...panjangnya entry nih, jenuh nak menaip, jenuh jugak nak membacanya...so, pada sape yang bace entry ni dari mula sampai habis, anda sebenarnya seorang yang sangat sabar, sbb bace semuanya...terima kasih...dan satu lagi, sila jangan simpati dengan aku tp sokonglah aku...

notakaki : dalam hidup ni, aku taknak pape, aku cuma nakkan kebahagiaan dunia dan akhirat...aminnnn...

Comments

hamba-MU said…
saya sentiasa menyokong ain!!ya,Allah hanya akan menguji hambaNya yang kuat dan mampu menghadapinya sahaja...ain memang seorang yang kuat dan tabah...chayok2 ain!!
Semarak Api said…
huhuhu..ain sakit ape?
jg kshtn baek2.yg pntg jgn putus asa ngn idup ek..Allah bg ujian,bermakne DIA syg n dekat dengan kita..
white rose said…
tergamam sekejap akak membacanya...
hebat betul dugaan mu ya dik...

so, xmo sedih2...

wake up...KEHIDUPAN MASIH DIHADAPAN ANDA...
ANDA KENA TERUSKAN JUGA!!!

JANGAN PUTUS ASA!!!
therosputih said…
cinta
kadang2, dalam kuat dan sabar tu pun, ada jugak yang jatuh pastu nangis2 dulu baru bangun jalan balik

semarak api
dah ah tu tanya sakit apa...takmo cakap...hehehe
tak boleh nak putus asa, sbb kehidupan ini perlu diteruskan, takde sape nak tolong kita teruskan melainkan diri sendiri

white rose
hoho...jgn gamam2 akak...dugaan mcm ni, sbnrnya ada lagi yang lebih hebat kan...jadi, kita bersyukurlah ngan apa yang kita ada hari ni


thanks sume...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing