Posts

Showing posts from January, 2013

mencari top commentator therosputih januari 2013

Image
aasalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang sudi singgah sini...alhamdulillah, masih berpeluang untuk menghirup udara segar pagi ini... kali ni, aku ada misi penting...aku nak mencari siapakah pengomen terbanyak therosputih bagi bulan januari...sepatutnya aku umumkan benda awal2 ari tu lagi tapi masa tu tak terbuka pintu ati lagi nak tulis entry nih, niat tu dah ada dari akhir tahun lepas lagi... kat sidebar blog nih, ada ruangan khas untuk pengomen tegar therosputih, macam kat bawah ni, cuma aku edit letak bulan januari... senarai pengomen sehinggan jam 4.4.5pm 02.01.2013 pastu aku rasa cam tak bape nak best je, tukar sket ah tittle ruangan biar nampak gempak sket...ececece.... terus letak carta, hamek kau carta beb...bila ada word carta nih, baru rasa feel sket nak compete nih kan...ahaks... actually, takde syarat apa2... semua blogger mahupun bukan blogger layak untuk menyertainya .... pemenang top commentator bagi bulan januari ini akan aku ...

perkembangan bayi dalam kandungan 38 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 38 Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. dipetik dari  sini ** wah...dah masuk minggu ke 38 dah pregnant ini...meanings...9bulan 2 minggu sudah...sehingga ke hari ini, aku agak kerap merasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, espeseli bila mana baby mengeras...cuak seyh...mak aku cakap sume tanda2 awal tu aku dah capai, tinggal tanda2 akhir je lately nih... bertahan jugaklah semoga baby keluar on time ngan tarikh yang telah dipersetujui bersama ngan doktor baru2 nih...mengikut perancangan kita sebagai manusia gitulah...tapi taktaulah nak cakap macam mana, kot tetibe je...

tidur pun kena beradab

Image
hasil perkongsian di fb saje je hupdate pepagi ari ni ngan info yang berilmiah, walaupun dah bangun pagi, bace pasal adab tidur nih, nanti boleh amal malam ni... notakaki : tak suka kalau tak sempat nak baca doa pape, tau2 je tertidur...ceh...

hupdate carta pengomen januari 2013

Image
lagi hupdate berkaitan carta pengomen januari 2013 therosputih ...ekekeke...saje menggedik nak hupdate...mungkin ini adalah hupdate terakhir memandangkan dah tinggal bape ari je lagi sebelum januari 2013 berlabuh... well...sebelum ni, rupa cartanya adalah macam ni... terunggul dan mengungguli carta adalah kak adyna ... itu yang 9hb januari yang lepas, dan ini pulak, baru je aku print screen tadi tengah ari... wah wah wah... kak adyna kita masih lagi mengungguli carta rupanya...time kasih banyak2 akak sebab sudi singgah sini dan berkongsi kata dengan ain...sangat2 lah menghargainya...tak lupa, untuk kawan2 maya yang lain jugak...taktau nak balas macam mana jasa kalian semua... aku nak bagitau awal2 kot tak sempat nak bgtau kan... takut terberanak dulu carta nih sampai 31hb je kan, so, ikut perancangan asal, 1hb2 tu sepatutnya dah tahu dah sape pemenangnya, dan aku dah boleh get ready untuk pos atau bagi hadiahnya...dan memandangkan aku dalam tempoh kalut2 ngan na...

aku, doktor dan tarikh keramat itu

tajuk entry memang takleh blah, nak jugak ala2 suspen mak kiah... okay, isnin lepas, 21hb januari, seperti yang telah dijanjikan, aku ada appointment dengan doktor pakar OnG, perjumpaan kali nih memang sangat mendebarkan...sebab...akan menentukan satu lagi bab baru dalam hidup aku... pagi2 lagi aku takleh tido, bukan sebab cuak nak jumpa doktor, tp sebab sakit perut dan tak selesa belakang...macam2 gaya tido yang sesuai dengan aku dah aku try, tp tak bape nak menjadi...pagi tu jugak, janji...mak aku yang akan hantar aku pegi hospital, tp, alih2...kul 9 lebih tuh, ayah aku plak tepon cakap nak pegi jugak...suh tunggu dia...maka, pergilah kami 3 beranak setengah baby pun termasuk kira sekali hokey  ke hospital...tp yang jumpa doktornya hanya aku ngan mak aku je..ayah aku hilang...hehehe... seperti biasa, dan prosedur yang sama...check air kencing bagai, timbang berat...hmmm...air kencing, positif la plak, meanings...ada gula...ke sebab sebelum tu aku dah bantai nasi sepinggan, ...

perkembangan bayi dalam kandungan 37 minggu

Image
Perkembangan Bayi Minggu 37 Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. dipetik dari  sini ** aku banyak tanya bab2 bersalin cezer nih ngan akak aku sebab ari tu, masa bersalin anak kedua, dia cezer...dan aku ada pengalaman ngeri je bila mana tengok kakak sendiri mengalami proses itu, dan aku plak pasni...phewww.... minggu ni aku dah masuk 37 minggu lebih dah, dah nak masuk 38 weeks dah pun... actually, last monday, aku ada jumpa doktor dah pun, dan...dah dapat tarikh untuk operate nya...yang tu nantilah aku cite eh.. tetibe lapar, ekekeke...nak pi makan... notakaki...

masih belum tiba masanya

phewww...lamanya rasa tak online dan hupdate...ari tu ada online, tapi sempat balas komen kawan2 saja... ari ni, nak hupdate jugak, tak kira tak kira...nak hupdate jugak... beberapa ari nih, aku bussy siapkan order kawan aku...dah hujung2 macam ni pun sempat lagi kau kan mak buyong mengait...hehehe...nak buat macam mana, kawan punya pasal, nak tolak pun tak bape nak sampai hati...bising mak aku dibuatnya sebab bila dia jenguk aku dalam bilik, aku duk mengait walaupun dengan hanya berbaring... lama tak hupdate, ada jugak kawan yang sms aku, tanya khabar kot2 bersalin dah katanya...hehe...oit kau jah...maseh sebab follow blog aku, dan bila tak hupdate 2,3 ari, terus tanya khabar...alhamdulillah, buat masa nih, biarlah baby duk dalam perot aku dulu...peram lama2 sket... terima kasih jugak pada kawan2 maya yang tak jemu2 singgah sini...shukran2... lately, sakit belakang aku makin teruk, nak tido malam, nak duduk, nak buat apa2 saje pun dah jadik suatu cabaran rasanya...ikutkan do...

ucaplah LA ILA HA ILLALLAH

Kenapa kedua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH? Ha, cuba try sebut LA ILA HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan? Kenapa?? Jawapannya:  Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba hambaNya... ~Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi utk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja.. Maha Suci Allah.. hasil perkongsian rakan2 dari fb notakaki : selamat hari jumaat semua

buah binjai untuk mama

Image
di suatu tengah hari yang redup2 manja, abah balik dari kerja seperti biasa...balik untuk mandi dan makan tengah hari...di kedua2 tanganya membimbit sesuatu... tangan kiri membawa ikan haruan dan ikan sepat yang telah siap disiang dan dibubuh garam kunyi, di tangan kanannya penuh bunga di hati penuh cinta  membawa seplastik buah credit to here for this picture si anak lantas bertanya anak : apa tu? abah : takkan tak kenal kot anak : (geleng2 kepala, cuba mendapatkan kepastian dari bapanya, tetapi bapanya hanya tersenyum diam membisu) si anak mengangkat plastik buah itu lalu mencium baunya anak : hiyark...owh no...buah binjai abah : (tersenyum) dalam hati si anak... walaupun dalam rumah ini semua orang tidak suka akan buah binjai kerana baunya yang tidak menyenangkan, tetapi abah tetap membawanya pulang untuk diberikan kepada mama, kerana dia tahu buah itu memang kesukaan si mama... notakaki : kasih suami pada isterinya *menurut mak aku, buah binjai ni bua...

owh abang posmen ku

Image
peringatan manja : sila abaikan tahap kegedikan yang ada dalam entry ini jika ada baca tajuk entry pagi2 nih, mengucap panjang ayah aji ngan mak aji belakang umah, kuikuikui...sabar2...takde niat nak menggediks pun...tapi tetap terserlah tahap kegediksan yang ada...nak buek camno... pertama sekali, aku nak ucap berbanyak2 terima kasih kepad semua posmen, khususnya posmen yang bekerja di kawasan umah aku ni sebab aku rasa, kerjanya sangatlah bagus... credit to here for this picture sape kat sini yang suka bila posmen datang rumah? mesti hampir semua baca soklan tu sambil hangguk2 pale kan tanda setuju....weih...sape tak suka bila dapat surat....lagi2 lah bertambah2 sukanya bila dapat surat cinta ka, surat dari kawan ka, dan yang seangkatan dengannya...kecuali yang dapat surat saman...cet... credit to here for this picture aku ni sebenarnya tengah bosan menunggu abg posmen kawasan aku nih datang umah...dah bape ari tak datang...takde surat untuk di hantar ke ala...

wordless wednesday : uji minda

Image
berapa jumlah wajah yang anda boleh kenalpasti? gambar dapat hasil perkongsian kawan2 di fb notakaki : aku dapat 11 wajah

Happy Blogging Giveaway !!!

Image
berminat nak join, boleh klik sini atau klik pada banner jemputla join jugak

giliran cik azlyzah plak dapat hadiah

Image
ari tu, dah cite pasal ayut dapat hadiah cookie monster , dan kali nih...sorang lagi winner untuk SPECIAL GIVEAWAY by therosputih baru2 nih... kali nih, untuk kategori pengomen terbanyak , pemenangnya seperti yang telah diumumkan, adalah cik azlyzah ...dan baru saje dia hupdate new entry ari nih ...besar2 nama therosputih di situ, ekekeke...*malu2 gambar2 nih sume cilok dari blog dia, ekekeke tonggeng2 si elmo baru aku perasan, kenapa mata dia pandang ke atas ek? adik ipar cik dengan elmo okay...habis sudah bayar hutang pada pemenang2 yang terlibat...satu lagi kategori, yakni kategori cabutan bertuah, takde plak aku nak review sebab tak dapat apa2 feedback dari mereka...yang penting, hadiahnya dah pun dipos lama dulu lagi... notakaki : tengah fikir2 lagi nih nak bagi apa pada pemenang pengomen tegar therosputih bagi bulan janurai 2013 nih...

isu kalimah ALLAH

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... sekarang ini, heboh diperkatakan di dada akhbar, di dalam tv, pasal isu agama kristian nak guna nama ALLAH sebagai kata ganti nama tuhan dorang...aku ada terbaca macam2 versi, dan terjumpa satu entry di satu blog yang memang aku selalu jugakla usha....aku share kat sini untuk perkongsian bersama... entry asal boleh klik di sini Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat... Apa yang aku lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama.... Ulama A cakap HARUS Ulama B cakap HARAM Aku pulak cakap ikut apa yang aku belajar... Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A... Tapi kita kena lihat pula keadaan ...

bau tanah lumpur yang menyegarkan

Image
kelebihan duduk kampung yang memang takkan ada kat tempat lain, adalah... kesegaran dan keindahan alam ... dan sekarang, kalau kat kampung aku nih, musim hujan baru je lepas bape minggu ni kan...rasa2nya, dah mula dah bajak2 tanah sawah, get ready untuk tanam padi lagi...bila start bajak2 tanah ni kan, kalau sape yang pernah berpengalaman...tanah lumpur atau selut tu akan ada satu bau tau, dan, aku sangat suka bau tanah selut itu ...rasa best sangat, segar je...pastu mula la berangan, hidup zaman 50an dulu, zaman atuk nenek yang kerjanya petani...dunia hitam putih sebab masa tu tv sume hitam putih lagi kan...*kalau bab berangan memang daya berangan aku sangat hebat kalau dulu2, mesti bajak pakai kerbau macam ni kan...even sekarang pun ada lagi yang bajak pakai kerbau cenggini, cuma dah tak banyak dahla... credit to google for this picture sebab sekarang ni, orang dah moden, jadik, bajaknya pun dah pakai menatang jentera ni dah...cepat dan mudah... credit to google also for t...

GiveAway 2013

Image
sejak dua tiga menjak menggunakan barangan vaseline nih, terkebetulan ada blogger, aka kak yatie nih ngah anjur GA sempena tahun 2013...apa lagi, join lah jugak sebagai tanda sokongan kepada dia... aku nak tag  kak ros  dengan kak lia , jemputla2 join... notakaki : berangan nak sapu losyen kat badan time berpantang nanti, hahaha...angan2 memang takleh blah sungguh...

perkembangan bayi dalam kandungan 36 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 36 Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. dipetik dari  sini *** aku dah tak bape nak boleh bergerak aktif sangat, cepat bebenor semput dan mengah...even, gerak2 pusing2 atas katil pun aku dah mengah bagai...apada...macam mana la buat kerja rumah lagi kan...tapi aku tetapkan la gagahkan diri setakat yang termampu untuk uruskan diri pape yang patut, taknak bergantung sangat pada family... minggu ni aku tak appointment pape...minggu depan baru ada, jumpa doktor lagi, dan pasti akan ada upacara skodeng baby...setakat ni, doktor tak bera...

gulai siput sedut

Image
credit to here for this picture gambar sendiri takdak, maka, alcilokun dari blog lain...terima kasih google kerana menghubungkan kami...errr... actually, dia punya nafsu nak makan siput sedut ni dari bulan 9 tahun lepas lagik...masa tu ayah aku la, pi cerita yang dia baru pas makan siput sedut sebelum aku balik umah...pastu, bila aku cakap...wah, nak jugak siput sedut...alih2...tak sempat dah nak makan time tu...punyala postponed sampai aku sendiri pun taktau bila la aku dapat makan siput sedut ni lagi gamaknya... sekalik...pagi semalam...ayah aku bawak balik 1 plastik...dia beli, hoho...heaven seyh...apa lagi, request gulai siput sedut terus la dari mak aku...aku cakap kat mak aku, nak belajar buat...last2...kuikuikui...masa mak aku ngah masak tu aku tak de kat dapur...tau2 je dah masak...okay...makan je lah pandai ginik... malamnya...sesi sedut menyedut beramai2... notakaki : penuh satu besin kecik ngan kulit siput...agagaga...boleh buat fosil...

mata, telinga dan mulut

Image
selamat menikmati pagi ahad yang indah ini ye kawan2... perkongsian dari fb notakaki : jaga lah semua yang perlu dijaga, sebab takdak orang lain dah nak tulung jaga, kita sendirilah yang kena jaga *sunyi duk sorang2, nasib ada baby buat teman mamanya yang kejap sasau kejap lenguh2 pinggang nih

Segmen : Saya Blogger Negeri ...

Image
mula-mula sekali, tepek gambar dulu...tak meriah kalau join segmen ka apa2 ka, tak letak gambar...ekekeke tengok segmen nih kat blog fatin , blogger dari kelantan... well...dengan bangganya, nak share kat sini bahawasanya aku adalah Blogger Dari Negeri Kelantan Darul Naim  sengaja higlight pakai kaler merah, sebab bila sebut kelantan, mesti ingat red warriors, bila ingat red warriors, mesti ingat merah... kalau sape2 yang selalu ikuti perkembangan aku, aku nih banyak konflik bahasa sket...aku nak buat pengakuan.... aku suka belajar tentang bahasa terutama sekali bahasa dialek...bagi aku, nak mendekati sesuatu masyarakat, dekati melalui bahasanya dulu...then, baru mula proses yang lain...tapi aku tak nafi la, mula2 memang tough sket...macam ayam ngan itik bercakap la...tapi itu sume kan learning progress... so, nasihat aku...tuntutlah ilmu di mana2 sahaja...jangan tuntut ilmu sesat sudah... notakaki : sapo2 anok kelate, bulihla kito pakat2 wat gathering....

cendawan? not for me please...

Image
sejak mengandung nih, aku ada satu benda yang dulunya aku suka sangat makan, tapi tidak lagi sekarang...bukan sebab demanding or what, i just feel like...i don't like that mushroom anymore... credit to here for this picture straw mushroom ni aku hanya makan bila order noodle in tom yum soup tak lain tak bukan dari secreto recipeto la... credit to here for this picture teringat kat satu entry lama2 dolu, betapa sukenya aku makan mushroom nih...sekarang ni, hanya tinggal sejarah sajalah... tengok mushroom pun dah tak bape nak selera...kalau makan jugak, kompem pastu muntah... notakaki : hope lepas bersalin, everything goes back to my normal life...

kakiku yang makin mengembang

Image
petang semalam, sambil manja2 lepak2 ngan mak aku atas tangga umah, sambil ngadap pokok bunga yang takde bunga, ada daun je...heran aku, nape tak dipanggil pokok daun je...terpandangla sama kedua belah kaki aku yang comel tulus mulus tuh...*muntah ijau mak : eh eh...dah kembang dah kakinya aku : mana2? sambil telek kaki aku cuba la untuk angkat sket kaki kasik nampak clear keseluruhan kakinya...dan dan kau nyah...sentap mak nengoknya... aku : uwaaa...kaki dah gemok...macam kaki gajah dah.. mak : hahaha nah, hamek kau kaki gajah psss...gambar tu aku cilok dari sini notakaki : mak mertua aku cakap, orang mengandung...pakai apa pun tak lawa dah...hukhukhuk *tengah bersedih di atas kekembangan kaki yang meruntun kalbu

lembu pun tahu beratur

Image
lembu beratur ke pusat pemerahan susu lembu pernah tak korang alami situasi di mana orang berebut nak beli or nak naik sesuatu, ataupun nak amek makanan ke hape ke...adoiyainya pun...seriously, aku paling tak suke bila rebut-rebut nih...aku rela undur diri... punyalah tak suka berebut punya pasal kan, aku teringat masa aku kecik2 dulu...tak silap aku, masa tu umur aku 5 tahun... pergi hari keluarga anjuran tempat kerja ayah aku, biasa la kan, mesti ada aktiviti untuk kanak2, upacara yang tak lain tak bukan, upacara berebut gula-gula , punyala beriya ayah aku suh aku masuk, beratur bagai nih...tapi masa tengah rebut2 gula2 tuh, aku dengan selambanya larik duk tepi, tengok je dak2 lain berebut...dalam hati sempat lagi, gula2 pun nak berebut gitu, lantak koranglah, aku taknak terlibat... terlopong mulut ayah aku tengok aku berdiri kat tepi, dia siap tanya lagi aku nape tak join kan, aku dengan selamba lagi sekali cakap aku tak nak... sebenarnya, bukan aku tak makan pun gula2 ...

terjumpa gambar lama

Image
tadi, godak2 album lama dalam laptop nih, biasakla, sekarang ni, penuh folder gambar dalam versi JPEG la, PNG la, JPG la, yang bestnya...amek dan save je sume gambar, cuci nya tak pun...kalau dolu2, apa yang di snap  itulah apa yang akan dicuci...jadik, sangatlah berkira nak amek gambar tu kan... alkisah...aku terjumpa satu gambar gedix nak mampos , actually ni gambar lama, lama pun takdelah lama mana... see...betapa gedixnya pompuan itu di situ ini adalah gambar minggu pertama aku mula2 posting di sarawak dulu...dengan botol airnya di situ...ngeh3...dan...name tag nya itu, jangan dilupa...ngeh3 sepah tak sepah keadaan bilik guru itu, toksah cakapla...aku dengar cite, bilik guru tu dah di renovate , wah...dah selamat berwajah baru dah upenya... notakaki : mengimbau kenangan lama, indah2...

kepada siapa yang tidak pernah ke sabah

entry ni sengaja nak cerita tentang sabah dari persepsi aku yang berasal dari semenanjung, tetapi bekerja di sabah... sebelum tu, nak le mention awal2 kat sini yang aku belum habis lagi pusing sabah, dan baru je bape bulan duk sabah, jadik, kalau maklumat yang aku nyatakan kat sini tak bape nak betul, tolong maafkan aku dan perbetulkanlah aku dengan cara yang berhemah ye aku biasa terlibat dengan situasi yang macam ni situasi dia : kerja kat mana sekarang? aku : kat lahad datu, sabah dia : kenapa tak dapatkan treatment kat sana je? aku : kat mana? dia : lahad datu lah aku : kekurangan facilities, apa2 hal kena rujuk ke kk, kota kinabalu dia : habis, tu...kenapa tak pegi je kota kinabalu tu? aku : jauh kot dia : jauh sangat ke? (dengan nada sinis) aku : hampir2 600km...macam kelantan pergi johor, patah balik gi kl dia : ooo...jauhnya... aku : dia punya jauh tu, sama macam saya terbang balik semenanjung dan dapatkan treatment di sini dia : (diam, tak terkata apa2) ok...

seharian lagi di hospital

okeh, marathon hokey...tiga hari berturut2 aku berkampung di hospital...ate... dah nak pindah masuk hospital dah ke cik kak...? ari pertama boleh baca entry kat sini .... semalam, yakni ari ketiga, mood lebih stabil compared ngan semalam punya mood ... pagi2 lagi sebelum gerak gi hospital, aku dah bantai nasik sebungkus, sama susu segelas...dan disebabkan malam sebelumnya tuh aku tido awal, jadik paginya tuh agak bertenaga sket pagi nih...ecewah... sampai2 je depan kaunter, tunggu jap sampaila kaunter dibuka untuk pendaftaran, dah dapat nombor...sesi tunggu dan menunggu bermula... * * * tunggu lagi * * * tunggu * * * belum habis menunggu 3005 , okeh...nombor aku dah kena panggil...gerak masuk slow2  dan duduk depan doktor yang bakal treat aku...dia tanya aku whether aku boleh cakap bi tak, adeh...nasibla boleh...aku pun explain la pape yang patut, but then....masa dia pegang fail aku, sekalik bukan nama aku daa...aku cakapla, yang tu bukan fail ...

hupdate sepintas lalu carta pengomen januari

Image
assalamualaikum dan selamat pagi semua... pagi ni, saje je nak hupdate sepintas lalu berkaitan carta pengomen januari 2013 therosputih ini adalah carta pada 02-01-13 masa aku mula2 announce berkaitan pengomen nih dan ini adalah yang terbaru yang sempat aku snap ada banyak perubahan dan turun naik carta ini baru betul2 carta nih notakaki : terima kasih pada yang sudi singgah sini dan tinggalkan jejak, koranglah kawan maya aku sebenarnya

5 teknik mendorong pelajar yang tidak mahir membaca

Image
hasil perkongsian rakan2 di fb aku rasa sangat menarik untuk dikongsikan bersama khasnya kepada para guru di luar sana...ibu bapa pun boleh turut sama aplikasi semua ini... dulu, masa aku kat sarawak, aku mengajar kelas peralihan yang majoritinya pelajar cina, mula2 memang terasa la sedikit kelatnya, alhamdulillah, setelah beberapa minggu, dapat menyesuaikan diri dan masih lagi dalam proses memahami mereka sebenarnya... bagi aku, pelajar yang mempunyai kelemahan dalam belajar ni mempunyai suatu keistimewaan yang perlu kita tangani dengan bijak, paling penting...jangan anggap mereka B*D*H sebab bila kita anggap mereka begitu, kita sebenarnya yang memB*D*Hkan diri kita sendiri... notakaki : mengaku kadang2 terasa tercabar juga bila tak dapat nak mengajar dan mambuatkan pelajar itu faham akan apa yang nak ajar, tapi nak buat macam mana...ada caranya tu...

saya sangat sayang sama ayah saya

Image
Source Extracted from FB Awal2 ngaku... ini adalah entry COPY PASTE dari FB yang saya rasa nak kongsikan di Bubblynotes ... Kisah benar untuk muhasabah diri sendiri...Mungkin ada juga antara uols yang dah terbaca post ni kan? Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat2 seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat2 laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." pergi dengan suatu perasaan yang lain...

ayut dah dapat hadiah

Image
wah...glemer kau ayut , dah memang nama kaulah yang aku highlight kat atas tuh...ekekeke... actually, itu ari aku ada anjurkan satu GA which is SPECIAL GIVEAWAY by therosputih kan, dan dah umukan dah pun pemenangnya ...dan ayut adalah pemenang bagi kategori entry paling kretip , tahniah lagi sekali buat ayut ...di mana dia berjaya memenangi seekor cookie monster seperti gamabr di bawah... dah pun pos hadiahnya, dan...terbaru... ayut baru saje upload hadiahnya ... gambar cilok dari blognye tahniah lagi sekali... notakaki : seronok bila orang seronok terima kadiah yang kita berikan...

nak mengadu dan nak merungut

seriously, aku ni bukan jenis yang suka mengadu sesuka hati, paling2 busuk pun, setakat mengadu dengan kawan2 baik, satu cara untuk release tensen, pastu baru boleh sambung buat kerja kan... tapi kali ni, aku tak mampu dah nak cerita, so, nak menulis tentang aduan dan rungutan aku la plak... aduan tadi pagi, aku ada cakap yang aku nak jumpa dengan doktor pakar ortho kan, so, pagi tadi, dari kul 4 lagi aku dah takleh tido, bukan sebab excited ke hape, tapi tah...pegi hospital ngan abang aku, sampai je sana, aku terus amek kad hospital aku kat satu kaunter nih, sebab semalam staff kat situ dengan sengaja tak sengaja telah menghilangkan kad aku...nasib tak sempat buat kad baru, sebab tak lama pas tu, aku dah on the way nak balik umah dah pun, dia tepon cakap kad aku ada dengan dia... cadang nak jumpa doktor ortho kat situ je, tapi dia cakap...doktor masuk jam 2 petang nanti, masa aku sampai tu baru kul 8.10am  dan bila aku tanya2 lagi, katanya appointment dah penuh untuk pet...

tarikhnya masih samar

alhamdulillah, semalam...selamat berjumpa dengan doktor pakar sakit puan OnG dan selamat jugak melayang duitnya  untuk berbincang dengan keputusan tentang kaedah bersalin nanti...dah sedia maklum yang aku bakal melalui proses melahirkan anak secara pembedahan, cuma tak tau lagi bila dan doktor mana yang akan bertanggungjawab atas keseluruhan prosesnya itu.... sebelum tuh, bincang2 dengan my mother, tentang kat mana nak lahirkan baby nanti...dah decide dah nak beranak kat husm, cuma boleh pilih...nak under husm terus atau ada satu lagi pilihan, bawah husm jugak, cuma yang ini fully swasta punya...meanings...$$$$$ la sket... bincang punya bincang...okay...decided...nak beranak kat unisains , bawah husm....kalau ikutkan aku, memang takkan pilih unisains la, tp sebab fikir, kalau beranak kat situ, keselesaan pada orang yang nak menunggu sepanjang aku dalam wad yakni mak aku sendiri, sebab dapat bilik sendiri, ada bilik air sendiri, tak payah share2...keselesaan dari segi rawata, do...

laman web ptptn is under maintainance

Image
terbantut selera  niat aku nak check bape tinggal jumlah pinjaman ptptn aku, sebab bila mana aku klik nak semak...benda alah ni plak yang kuar... hadoila...saje je kan...takpelah...hold lah dulu niat tuh, tunggu dan lihat sajalah bila dapat bukak page nih... kepada mereka yang nak semak baki pinjaman ptptn masing2, boleh klik di sini notakaki : alangkah sorganya rasa kalau pasni bila semak2 je jumlah akhir pinjaman dah tinggal RM0.00....hihihi...under maintainance punya pasal...wakakaka *berangan dan terus berangan

sama tapi tak serupa

Image
gambar ni copy dari fb kawan setuju dengan kenyataan di atas sebenarnya...itulah, selalu sangat tertipu terutama sekali time soping2...jadik, jalan selamat.... tak payah soping  beli barang yang perlu sahaja...yang tak bape nak perlu, tunggu orang belanja...ecewah... masalahnya, ada ke orang nak belanja...huuuuuu.. notakaki : best soping dengan geng2 yang sama tahap nenongnya dengan kita, hehehe

ragam bapak muda

Image
aku copy gambar ni dari fb kawan hihi...bertuah punya bapak gini kan, anaknya dibiarkan gitu je, bapaknya sedang tido dalam tu...sanggup mengerengkot2 kakinya demi memuatkan diri sendiri yang besar gedabak dalam kelambu anak dia...sanggup2...iskh3... kalaulah encek leo buat macam ni, kompem aku amek alu lesung tu aku tenyeh2 kat muka dia, buat sambal... notakaki baru dapat tahu sorang lagi coursemate aku masa kat u dulu selamat melahirkan baby girl, alhamdulillah...both of them selamat...

petua atasi sakit leher akibat salah bantal

Image
adeh...ari ni kongsi satu lagi petua, tadi pagi dah kongsi petua pakai tudung bawal dengan mudah dan cepat, yang penting cantik ...hehehe mesti ada antara kita yang pernah mengalami masalah seperti ini... sakit leher akibat tersalah bantal atau lebih tepat lagi salah landing time tidur...dah nama pun tidur, main taram je kepalanya, tau2 bangun pagi esok tuh...adoi la...nak pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, nak toleh orang kat belakang, dengan badan2 sekali menolehnya... kredit to google for this picture petua ni, aku dapat tahu hasil pembacaan jugak, bukanlah disampaikan oleh sesiapa pun... cara atau petua mengatasinya adalah dengan cara amek sebiji bantal saiz sedang2, pastu hempuk ke tempat leher yang sakit tu dengan kuasa hempukan pun sedang2 jugak, insyaallah, dengan izin allah, akan hilang sakit tu teringat kisah benar aku ngan mak aku, masa tu aku tengah sakit leher, nak tunduk pun tak dapat, citela ngan mak aku pasal petua nih sebab, mak aku sendiri pun ...

tips memakai tudung bawal

Image
sekarang ni macam2 jenis tudung ada kat pasaran, yang mudah, cepat pakai, tak yah iron, yang ada owning, sume ada...jadik, tak ada alasan lagi dah takmo pakai tudung kan... tapi yang masih setia evergreen sehingga ari ni adalah tudung bawal...memang aku tak nafi, walaupun bermacam2 jenis turun naik jenis hiasan tudung bawal nih, basic nye tetap sama...menggunakan tudung bawal yang lembut, dan sedikit jarang... bape kali jugakla aku kena tegur sebab pakai tudung nampak batang lehernya...my bad lah tuh... kredit to google for this picture disebabkan sifatnya yang lembut itulah, kadang2 susah jugak nak pakai tudung bawal supaya terletak dengan cantik...tapi ada caranya...pernah dengar kiwi kleen fabric starch ? kredit to here for this picture dia ada dua jenis, satu yang botol biru which is natural , satu lagi yang botol kuning which is ada bau lemon2 sket...mana2 satu pun tak kisah sebenarnya...aku suka pakai yang kuning, sebab ada bau sket kan... cara pakai starch ...

hadiah beli sendiri

Image
baru-baru ni masa kat umah sabah  baru2 pun takdelah baru mana pun, dari tahun lepas lagi alkisahnya  , sambil sambut ulangtahun, dan sambil menggembirakan hati sendiri, aku telah membeli sesuatu yang sungguh bermakna untuk diri sendiri... sangatlah bermakna... bukan beli gelang emas...jauh sama sekali beli kereta baru ke hape...tapi beli ni... tunjuk jenama dulu lah, jenama biasa2 saje ia adalah sebuah mini freezer yang sungguh comel gambar sekitar2 dia sengaja dipadamkan, wakakaka saiz dia, alaaa...setakat pinggang aku je, pun tak sampai kot...ahaks...sangatlah kecil...tapi okaylah duk umah bujang, daripada takdak freezer... alkisah, freezer yang ada kat umah aku tu buat hal, tempat cool dia takde bape nak cool lagi dah, bikin panas saja....aku syak dia punya wap sejuk tu nak kena pi hantar servis, sebab tengok yang lain2 okay je, cuma tu lah, tak sejuk...nak angkut bawak gi kedai tak mampu, berat dan takde transport...jadik, biarkan saje dia di ...

jangan letak dompet di poket belakang

Image
mula2 bace entry dari sini , terima kasih atas info yang sangat berguna ini... masa baca tajuk entry, ingatkan kenapa lah tak boleh letak dompet kat poket belakang, mana la, selain senang dicurik oleh pencuri, rupa2nya ada info kesihatan di situ... aku kongsikan jugak di sini untuk bacaan kita bersama... bila letak dompet kat poket belakang, pastu kita duduk...adalah sangat sangat tidak elok untuk tulang belakang kita, sebab bila kita duduk dengan dompet kat belakang , mana ada orang letak dompet kat dua2 belah bontot dia kan, mesti letak kat salah satu bontot je...jadik, ketidakstabilan pada postur tulang belakang berlaku... kalau duduk macam ni 3,4 jam sehari atau lebih, bayangkan apa akan jadi pada tulang belakang kita selepas beberapa tahun mengamalkan gaya hidup macam ni? tak mustahil kan boleh berlaku sakit tulang belakang yang lebih teruk... mungkin kesannya bukan berlaku buat ari ni esok terus rasa sakit, ini adalah kesan jangka masa panjang yang mungkin kita bol...

perkembangan bayi dalam kandungan 32 - 35 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 32 Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. *** takleh blah ah dengan ayat nota hamil kat atas nih, mulakan cuti sekarang? huh...kalau kerja gomen, nak apply cuti hape la gamaknya kan...mana boleh...aku nih, spesel case... aku dah mula terasa betapa aktifnya baby nih, kadang2 aku rasa malam2 dia tak tido ke hape, gerak sana, gerak sini...paling suke tengok reaksi dia kalau aku geletek2 perot aku kiri kanan, nanti dia akan bagi gerakan kat tempat yang aku sentuh tuh...kelakar lah baby nih... aku dah mula sambung check up di HUSM, kubang kerian...dan decide untuk beranak di hospital ini, sebab aku perlukan kedua2 doktor pakar u...

rindu nak tengok laut

Image
kelantan sekarang tengah dilanda hujan lebat, matahari taknak bukak office langsung....tutup kedai manjang...nak jemur baju pun susah, dan baju pun, memang takkan kering la... dalam2 hujan macam ni pun, aku teringin nak tengok laut yang tenang...sekadar ombak kecil2, nak tengok pasir pantai, nak hirup udara laut... last sekali kalau tak silap aku, aku pergi tengok pantai masa bulan 9 tahun lepas...best jugakla, time tu cuti, dan pegi plak, pagi2 lagi...time orang tak ramai...sempat la layan blues... dengan tongkat sakti tongkat ajaib di sisi masa ni baru 4 bulan pregnant, perot pun tak nampak lagi walaupun umah aku kat kampung ni, boleh dikatakan dekat jugakla dengan pantai, kalau naik kete tu, adala dalam 10-15min drive, dah sampai...pernah dengar Pantai Irama ? ha...itulah tempat aku sekolah....hehehe *teringat zaman belajar dulu  kenangan ponteng dan adegan dirotan dulu masa aku kat sarawak, aku suka lepak2 kat pantai, dengar ombak...malam2 pun aku selal...