aku, doktor dan tarikh keramat itu

tajuk entry memang takleh blah, nak jugak ala2 suspen mak kiah...

okay, isnin lepas, 21hb januari, seperti yang telah dijanjikan, aku ada appointment dengan doktor pakar OnG, perjumpaan kali nih memang sangat mendebarkan...sebab...akan menentukan satu lagi bab baru dalam hidup aku...

pagi2 lagi aku takleh tido, bukan sebab cuak nak jumpa doktor, tp sebab sakit perut dan tak selesa belakang...macam2 gaya tido yang sesuai dengan aku dah aku try, tp tak bape nak menjadi...pagi tu jugak, janji...mak aku yang akan hantar aku pegi hospital, tp, alih2...kul 9 lebih tuh, ayah aku plak tepon cakap nak pegi jugak...suh tunggu dia...maka, pergilah kami 3 beranak setengah baby pun termasuk kira sekali hokey ke hospital...tp yang jumpa doktornya hanya aku ngan mak aku je..ayah aku hilang...hehehe...

seperti biasa, dan prosedur yang sama...check air kencing bagai, timbang berat...hmmm...air kencing, positif la plak, meanings...ada gula...ke sebab sebelum tu aku dah bantai nasi sepinggan, susu segelas? cuba untuk sedapkan hati...berat naik setengah kilo je berbanding dengan 2 minggu lepas...

jumpa doktor, bincang apa2 yang patut...dan part paling best, upacara skodeng baby...doktor cakap, baby dah berada pada kedudukan untuk keluar, dah kat pintu katanya...baby ready untuk keluar pada bila2 masa, jadik, kena sangat2 berjaga2...katanya, nak operate 27hb...errkkk...aku terkedu...cepatnya...bincang punya bincang, sepakat untuk amek tarikh 31hb januari...30hb admit wad, dan 31hb get ready untuk operate...

doktor dah siap bagi no phone dia lagi, sebab dia takut aku bersalin lebih awal dari tarikh jangka operate...gusar plak...mana taknya, sebab kata doktor, baby dah sangat2 ready untuk keluar dan lihat dunia dah...aku cuba jugak nak bertahan sehingga tarikh 31hb...ingatkan nak amek tarikh 02hb februari, tapi tak sempat dah dek non...agagaga...

jadik, menghitung hari sajalah...jom sama2 hitung hari dengan aku...

notakaki : the counting starts today...

7days left

Comments

Intan Akma said…
tak kisahla tarikh cantik ke tak asalkan baby selamat keluar kan.. ;)
Cik Puan said…
Semoga semuanya selamat ye dear..Cik doakan jew dri jauh ;)
adyna AB said…
insyaAllah semuanya dipermudahkan ain..
ida =) said…
semoga selamat ibu dan baby. taikh tu, xde la penting berbanding keselamatan =)
Enh Ear said…
hahha.. aku blh bayangkan baby tu tak sabar nak keluar... " mama.. cepat lah... eeeeeiiii"

take care kay....
ayut said…
kedudukan nk kuar dh tu....hrap slmt smua ye...amin
Syamimi Saad said…
bila dgr tarikh nak kena operate msti rasa gugup laju je kan..hehe..
rasa cepat je nak sampai ke tarikh tu..
mommyfiqa said…
bestnyer...singah baca entry ini jugak.

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati