saya sangat sayang sama ayah saya

Source Extracted from FB
Awal2 ngaku... ini adalah entry COPY PASTE dari FB yang saya rasa nak kongsikan di Bubblynotes... Kisah benar untuk muhasabah diri sendiri...Mungkin ada juga antara uols yang dah terbaca post ni kan?

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat2 seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat2 laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi x?", "Yang ni, Samsung hari tu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalannya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermm, ok ke ni murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang Acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang Acer ni berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu x dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan...Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak x payah fikir sangat - warranty setahun". Aku mengeluarkan kata2 tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini" jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar. Aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, terima kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan... RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal2 pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping2 duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulan gke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


notakaki : terkedu aku membaca entry dari farah nih, semoga aku tidak tergolong dalam golongan anak2 yang menyebabkan ibu bapanya menjadi sedih

*sobsobsob...terima kasih ayah, terima kasih ibu

Comments

sedihnye..begitu sayangnya seorang ayah kpd anak dia.
Emi said…
Sy dah baca beberapa hrai lepas. Time baca tu, dan2 je nangia. Sedih kot..terharu. Nak2 lg sy sendiri pn bukan dr family senang, adik beradik ramai pulak tu. So mmg selama ni klu nak mintak pape dr ayah, memang agak serba salah jugak la rasanya. Rasa bersalah nak mintak pape coz tahu ayah susah apayh cari duet utk anak2..betapa besar pengorbanan mak ayah kita.
Unknown said…
sedihnye.. Al-fatihah buat arwah ayah deqla. :(
citer ni memberi kesedaran kepada kiter kan?
therosputih said…
cik rongoks ika
semoga kita sebagai anak mampu menyayangi ibu bapa kita sampai macam tu sekali...
therosputih said…
emi
saya pun sama, dulu mak ayah susah, nak besarkan kami adik beradik...selalu rasa serba salah kalau nak mintak pape, memang akan pendamkan sajalah...
therosputih said…
deqla manjew
alfatihah jugak sis buat arwah ayah...semoga rohnya tenang di sana...
therosputih said…
farah waheda wahid
sangat memberi kesan kot...bagus sangat perkongsian ini...terima kasih ye sebab publish cerita yang memberi kesedaran seperti ini...
Dikbee said…
sadis nya..mengalir air mata sy..tiba2 teringat kat arwah abah.. al-fatihah...sob3x
therosputih said…
dikbi kamaruddin
dear...jangan sedih2 eh...sama2lah kita menghargai jasa kedua ibu bapa kita...alfatihah jugak buat arwah abah dikbi...
ida =) said…
sedih kan.... anak tu pula, maca berlagak... nak yang mahal aje. kasihan ayahnya. dapat laptop tu, dh cukup bagus.

jgn dilupa kasih ayah setelah berjaya...
therosputih said…
mama adam
apa yang ain belajar kan, seseorang ibu bapa tu takkan cakap tak boleh pada anak2nya, akan diusahakan jugak supaya dapat walaupun terpaksa berlapasr atau bersusah payah...owh...syahdu...terima kasih mak abah...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati