kanang anak langkau, suatu kehilangan yang besar
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
Mendiang berusia 68 tahun.Beliau meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.
"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya.
Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. - BERNAMA
sumber dari berita harian
serius, berita ini sangat mengejutkan aku...takziah buat keluarga mendiang...
sebenarnya, aku taktau pun pasal ni
klik untuk tumbesaran yang lebih jaya
sentap beb...terasa suatu kehilangan yang besar...
aku mula mengenali kanang masa baca buku teks komsas form 3 dulu la, kalau tak, serius, aku tak kenal pun siapa dia...tapi novel tu buka mata aku dan membuat aku memandang dunia ni dari satu side yang lain dari yang biasa aku lihat...
malaysia telah kehilangan sebutir lagi perwira...
notakaki : kehilangannya suatu kerugian yang besar buat negara
Comments
buku komsas tingkatan 3...bagus buku tu, memang baguslah dijadikan buku teks komsas pun...menanam sikap patriotik di kalangan generasi baru...
terima kasih pada bukut teks komsas tu sebab memperkenalkan kanang pada kita...
baguslah kalau minat sejarah, nanti boleh baca buku2 sejarah melayu kita tanpa rasa jemu...
bacam saya, tak bape nak suka sangat, tp kalau kena dengan selera, layan jugakla baca sampai habis...
itulah, kalau bukan kerana wajib baca dulu, mungkin sampai sekarang tak tahu pun perihal sejarah hidup kanang ni...syukur dengan apa yang telah dipelajari dari buku tu...
teringin nak beli buku tu untuk simpanan...