terancam
berada sendirian di dalam rumah sendiri, dengan sume jiran tak ada, terutama sekali time weekdays, di mana kebanyakannya bekerja, kadang2 terasa jugak takut dan mula lah, fikir macam2...
kalau setakat takut sebab rumah berhantu ke, bilik berpuaka ke, aku tak kisah mana lagi, tapi yang menjadi ancaman aku adalah ANCAMAN MANUSIA BERHANTU LAGI BERPUAKA sebab dorang ni nama je manusia, tapi perangai kalah vampire, kalah pontianak, jauh sama sekali kalah hantu penanggal...dorang ni boleh
1. mencuri atau merompak
2. memperkosa, mencabu, dannnn merogol
3. sume kat atas, ditambah lagi MEMBUNUH
hantu jenis macam ni yang aku takut dan terasa terancam untuk berada sendirian kat rumah...korang setuju tak ngan aku? usahkan sendirian kat rumah, sendirian kat mana2 tempat pun bahaya gak...huh...kalau dah dia nak mengamuk, bila kita berkumpulan, terutamanya perempuan sume pun, boleh bikin bahaya...owh...hantu manusia...
pagi ni je, aku dapat 3 kunjungan bersalam ke rumah aku, perghhh...hati nih, allah je tahu betapa takut dan cuaknya...
salam yang pertama, aku tak kisah sangat, sebab salam dari abang posmen yang ku puja dan ku nantikan selalu...kiranya aku dah kenal dan dah biasa...
salam kedua ngan ketiga tuh aku tak bale nak berkenan sket sebab salam dari mereka yang aku tak tahu asal usul, aku syak brader yang datang nak beli besi buruk...bukan aku nak pandang serong terhadap depa sume, aku salute pada brader yang datang beli besi buruk sebab at least, dorang berusaha mencari rezeki yang halal kan...cuma, banyak sangat kes yang aku dengar kat kampung nih, melibatkan operasi beli besi buruk nih...tu yang memburukkan lagi nama dorang selaku 'pembeli besi buruk' bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelangan atau kerana seekor kerbau membawa lumpir, habis sume terpalit...*boleh jadi macam karam singh walia tak? ekekekeke*
biasanya, memang aku takkan bukak pintu la kalau ada orang yang aku tak kenal datang, aku duk senyap je dalam rumah...salam yang dorang bagi tu aku jawabla sebab wajib kan menjawab salam tuh...cuma aku takkan tunjuk muka...kalau ayah aku ada, takpun sesape yang ada, takdelah rasa kecut perut sangat...
bila orang yang tak dikenali ni datang, aku just intai je sape, kat tangan ni dah ready siap2 dah henset, in case kalau dorang cuba nak buat tak baik, terus la aku dail sesape, polis ka, ayah aku ka...tapi harap sangat tak jadi macam ni kat aku...kusss semangat...mintak dijauhkan daripada kita semua...
notakaki : beringat sebelum kena
Comments
kat opis kita sorang2..pintu grill mmg sentiasa lock..takut..sebab pejabat2 bawah sume pekerja lelaki..