perkembangan bayi dalam kandungan 32 - 35 minggu

Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

*** takleh blah ah dengan ayat nota hamil kat atas nih, mulakan cuti sekarang? huh...kalau kerja gomen, nak apply cuti hape la gamaknya kan...mana boleh...aku nih, spesel case...

aku dah mula terasa betapa aktifnya baby nih, kadang2 aku rasa malam2 dia tak tido ke hape, gerak sana, gerak sini...paling suke tengok reaksi dia kalau aku geletek2 perot aku kiri kanan, nanti dia akan bagi gerakan kat tempat yang aku sentuh tuh...kelakar lah baby nih...

aku dah mula sambung check up di HUSM, kubang kerian...dan decide untuk beranak di hospital ini, sebab aku perlukan kedua2 doktor pakar untuk treat aku, pakar sakit puan dan pakar tulang belakang...


Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

*** berat badan tidak naik terlalu cepat? ekekeke...aku tengok berat aku, mencanak2 aje naiknya...nasibla tak kena bebel ngan nurse2 kan...aku risau dengan berat baby je sekarang ni, sebab minggu sebelumnya tu, aku check, berat dia tak cecah 2.0kg lagi...adakah anak mama ini nanti lahirnya kecik aje berbanding dengan anak2 buah aku yang lain? huh...risau beb...sebab bila baby kecik sangat nanti, tak pasal2 membesarlah dia dalam inkubator...hopefully baby besar sket ye...


Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

*** emosi aku cepat sangat tersentuh, pantang orang touch sket, mula la nak taching sendiri...pernah sekali aku nangis 3 jam lebih, air mata nya non stop berenti, walhal aku dah rasa fed up dah nangis, tp air matanya, still jatuh...nak buat macam mana...

aku dapat rasa baby kuat sangat sedu nya, dalam sehari tu, adala 2,3 kali dia sedu...mak aku cakap baby dahaga tuh...rasa2nya, aku dah minum banyak air dah...kesian sangat bila rasa baby sedu tu....


Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

*** ini apa yang bakal aku lalui dalam masa 2,3 ari ni, bila mana cecah minggu 35 kan...moga jadik panduan untuk aku dan mereka yang seangkatan serta yang di sekeliling aku, insyaallah...

baca lebih lanjut dari sini

notakaki : mak aku ajak tido sama2 dengan dia, takut jadik apa2 kat aku, senang...dia ada...tapi aku tetap nak tidur dalam bilik sendiri jugak...ngeee

Comments

x sabar nak tengok rupa baby awak biler dah keluar nanty yunk... uhukss...saya pulaks yang terlebey excited nih... ^_^
Emi said…
waaa...mesti akak tak sabar kan nak tunggu baby lahir nnt..sy pulak tumpang eksaited!
Cik Puan said…
Ewahhhh..tak lame lagi baby dah nak keluaaaaa....tak sabo nak tengok..
therosputih said…
farah waheda wahid
hehehe...biasakla, yang tukang lebih excited ramai...doa2kanlah semuanya dipermudahkan dan selamat hendaknya..
therosputih said…
emi
aah, bukan setakat tak sabar, berdebar, cemas sume ada...campur baur...dalam hati, satu je mintak...moga dipermudahkan dan selamat semuanya...insyaallah...
therosputih said…
cik azlyzah
hehehe...dah tak lama dah kalau tengokkan bape ari lagi...next week jumpa doktor...
adyna AB said…
Insyaallah semua berjalan lancar..amin
therosputih said…
kak adyna
itulah harapannya akak..insyaallah...
Unknown said…
Tak sabar nak tengok bayi comel keluar! :)

Tumpang lalu ye tuan tanah..
Saya ada menjual set menyusu, bersalin & hamil :)
http://thevitamomshop.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing