selamat hari jadi
lagi beberapa minit je lagi nak menginjak ke tarikh baru, sempat lagi aku hupdate new entry, khas untuk seseorang yang dipanggil ADIK aku...
bertemankan alia di bawah ketiakku, dah selamat lena dah pun dia, bertemankan juga titisan renyai sang hujan, sejukkkkk malam ni...syiok tidur bawah selimut...
berbalik kepada tujuan asal entry, maaf lah, aku tak sampai ati nak wish SELAMAT HARI JADI depan2 walaupun seharian ari nih ngadap muka dia je, wei...acanne sekolah dia boleh cuti ntah ari nih, katanya ada PIBG kat sekolah dia, dan ayah aku balik2 dari mesyuarat tu, gitau DIA JADI AJK PIBG atas cadangan dan sokongan seseorang di dalam mesyuarat itu...hahaha...tak pernah2 kau tau ayah aku terlibat ngan PIBG, tetibe je untuk anak dia yang lasssttttt nih, terpilih...wakaka...terpilih lah sangat...
errr...berbalik kepada tujuan asal entry semula...
SELAMAT HARI JADI adik...errkkkk...nak terrmuntah aku panggil kau adik...uwerkkkss...*muntah hijau* hahaha...sempena ulangtahun nih, harapan aku kat kau,
1. BELAJARLAH BERSUNGGUH2
2. HORMAT ORANG TUA TERUTAMANYA MA ABAH TU
3. PLEASEEEE BEHAVE SKET
4. ENJOY DENGAN LIFE AS A STUDENT SEADANYA
dan yang paling penting
5. THANKS SEBAB JADIK KAWAN BAIK DAN MUSUH KETAT AKU
tak lupa...
6. TOLONG JANGAN ANIAYA ANAK AKU, hahahaha
hadiah? errrr...tunggu aku dapat keluar dari rumah lah, baru boleh kuar soping...
notakaki : benci2 pun sayang jugak, hahahaha *pengsan dengan kenyataan sendiri*
Comments
*pesanan no.6 tu yang best tu..hehe