perkembangan bayi dalam kandungan 28 - 31 minggu

adeh...camne aku bleh termiss hupdate perihal baby week by week nih...sume ni gara2 terputus internet masa balik semenanjung cuti sekolah akhir tahun lepas nih...takpelah...kira halal lah sume...kita start counting balik, lets the rhythm begins...

Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Nota hamil : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

*** time ni, aku dah ada kat semenanjung...cuti sekolah...dan, aku juga dah mula usha nak beli pam, kuikuikui...seperti biasa, nak beli terus, takut awal sangat, tapi dalam pale otak dah aim dah nak beli brand apa, cuma taktau jenis yang manual ka, letrik ka, camna ka...mula savings untuk beli pam...sambil2 tanya pada kakak aku selaku yang lebih berpengalaman dalam hal2 breastfeeding nih...

sambung check up di klinik ibu anak di johor dan aku minum air gula untuk kali yang kedua...perghhh...nape tah air gula kali ni lebih pekat dan likat...masa 1st time minum dulu, selamba je aku minum, sekali hadap...yang kali ni, mau 2,3 kali aku berenti, tak tahan seiyh....manis bebenor...result aku? hehehe

paras gula puasa : 4.6
selepas minum air gula : 7.7

sipi2 kau nyah...7.8 adalah sempadan dia...hahaha...tapi takpe, dengan ini, aku selamat...ngeh3...paling tak leh blah, berat aku naik hampir 7kg dalam masa 2 minggu...hamek kau...ada berani nak challenge aku? kikikikiki


Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini.

*** serius, waktu tidur adalah waktu yang sangat tidak menyelesakan...tambah2 dengan sakit belakang yang ada...aku alas perut dengan comforter, disebabkan aku sepanjang ngandung nih, memang sentiasa kepanasan, maka, fungsi comforter sebagai selimut tidak lagi sesuai dengan gaya hidup aku...wakakaka...maka, aku jadikan dia alas je lah...tidur mengiring saje yang sesuai dengan aku...malam2, kalau tak 2,3 kali pegi tandas memang tak sah...adoiyainya pun...kuat betol kencing aku nih...pastu plak, malam2 tak bape nak ngantuk tidur...matanya cerah je...tapi aku paksa jugak untuk tidur...bosan beb, apa lagi yang boleh aku buat...bila bangun pagi, perghhh...sakitnyalah hai belakang aku, hukhukhuk...sabar je lah...


Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

*** tidur malam dah lama dah terganggu...cuma tang cepat letih tuh, hah...aku memang sangat setuju di situ...masa ni plak adik ipar aku kawin, sebok dengan majlisnya...nasibla mak mertua aku tu sangat memahami aku, ngeeee....pantang betol dia tengok aku nak buat kerja, nanti dikerahnya adik2 ipar aku nih tolong...time kasih banyak2 mak...aku dah mula start beli barang sket2, kain lampin, ngan baju 2,3 helai...itu pun untuk simpanan di kala kecemasan nanti...nak beli banyak2 tak berani jugak, takut mak aku bising...


Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

*** camne lah aku tak pakai baju yang tidak terlalu ketat? tell me tell me...habis sume baju yang dulunya tersangat longgar, kini dah tak sesuai dengan aku...soping tshirt besar2 untuk aku...masa nak beli tshirt, aku cam takleh nak terima kenyataan sungguh membeli tshirt yang bersaiz extra large nih...biasa beli saiz m, sekarang ni, jangan mimpi je lah...taknak beli saiz xl, kang takde baju plak aku...maka, pejam mata jugaklah time pilih tu, sebab bila disaungkan kat badan...baru perasan...haahla, aku dah besar...hukhukhuk

masa ni aku banyak sangat makan durian, dan bila check, hamek kau...11.4 gula dalam darah...buat test kali kedua, kali ni 8.0 plak...syukur alhamdulillah, kalau tak, nescaya doktor tu dah nak label aku sebagai penghidap kencing manis dah...dasat sungguh bahana durian yang sedap dimakan itu....bukan salah aku kan kalau aku suke makan durian? plisss...katakan tidak *sambil kelip2 mata buat muka comel

petikan ini sume dipetik dari sini

notakaki : teringin nak beli baju comel2 untuk baby tapi taktau nak pilih yang macam mana, last2, tak beli pon...hahaha...sadis...

Comments

Syamimi Saad said…
moga 2-2nya sihat.. :)
therosputih said…
mimie najib
amin amin amin....semoga ibunya kembali kurus selepas bersalin...hehehe
ida =) said…
durian... memang penuh dengan gula. nasib baik tak dilabel doc, kalau tak... berrumah tangga di klinik la jawabnya
Cik Puan said…
haahhahaa...tak pe..tak pe..yang penting baby tu sihat waalafiat ye tak..
therosputih said…
mama adam
itulah, nyaris2...sipi2 je...risau kalau dah dilabel, kes naya diri sendiri...

durian oh durian, kenapala tinggi bebenor gulanya...terbantut selera nak membaham durian banyak2...
therosputih said…
cik azlyzah
itulah, nurse dah bape orang dah cakap makan durian banyak2 boleh membahayakan baby...tapi kenapa takdak sorang nurse bagitau sume ni sebelum semuanya berlaku...sume bagitahu bila mana dah baham durian dengan jayanya...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing