Damba Ilham Layu

kau kata kau sayang
kau kata kau setia
kau kata kau cinta
kau kata kau kan di sisiku selamanya
tapi ternyata palsu
sekadar kata-kata manis
yang ditabur kepadaku
kini kau beralih
sayang kau kepadanya
setia kau kepadanya
cinta kau kepadanya
dan dia yang di sisimu

dulu degup jantungmu
sentiasa menemani malamku
tanpanya
aku tidak keruan
tapi kini tiada lagi
semuanya tinggal kenangan
yang sangat pedih untuk dikenangi

kau bersamaku
namun ingatanmu bersamanya
kau bersamaku
namun hatimu menyebut-nyebutnya
di matamu ada aku
namun di hatimu hanya dia

kau insan terakhir
yang bertakhta di hati
dan kaulah jua insan terakhir
yang memusnahkan anganku

penipuanmu
kepalsuanmu
dan pembohonganmu
kerana cinta kau kepadanya bukan?
kerana itulah kau pergi kepadanya bukan?
sampai hati
DIL...Damba Ilham Layu

notakaki : nak tidur tak dapat sebab otak serabut susun kata, woahaha...

Comments

Adilah Asari said…
tenangkan hati..
insyaAllah dapat tido..
Cik Puan said…
Indah nye bait2 puisi ne...eh puisi ke???hehheheee
adyna AB said…
Blh tahan gak ain berpujangga ;)
Intan Akma said…
uish..dasat..dasat..luahan perasaan ke ape nih?
Unknown said…
sedihnya bila cinta diduakan... hukhuk...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing