JOM kitar semula

baru pas tengok cerita apa tah kat tv2 tadi, macam dokumentari gitu, dalam bahasa cina...sume tu tak penting, even dalam bahasa tamil sekalipun aku boleh layan, janji INPUT yang dia kupas tu sangat sangat sangat menarik...tadi pasal KITAR SEMULA...

kita biasa dengar kitar semula kertas, kaca, plastik, tin aluminium, dan apa lagi yang seangkatan dengannya...fir the first time, aku dengar tentang KITAR SEMULA MENTOL...okay...sangat menarik...

aku tak pasti area mana, tapi macam area bandar kat kl tu...pusat membeli belah...ada menyediakan tong sampah khas untuk pengumpulan mentol yang sudah rosak, khusus kepada mentol jimat elektrik yang berpintal dan pendek tu...ala2 macam gambar yang aku cilok dari encek google...

                     

kenapa perlu kitar semula MENTOL? aku petik balik point2 yang dikupas dalam rancangan tu...

dalam mentol, ada merkuri...jika tidak dilupuskan dengan baik, dibiarkan pecah merata2, merkuri ini akan mencemarkan alam...maka, berlakulah PENCEMARAN MERKURI...kaca2 nya juga akan mencederakan orang lain jika dibiarkan pecah di merata2 tempat...justeru itu, ia perlu ditangani dengan bijak...

sekiranya ada mentol pecah di rumah atau di tempat kerja, pastikan tingkap atau jendela dibuka supaya pengudaraan berlaku bagi membiarkan merkuri itu meruap dengan lebih pantas dan memastikan anda tidak terdedah dengan merkuri itu, sebab jika terdedah kepada merkuri dalam suatu tempoh jangka masa, boleh mengundang pelbagai penyakit lain terutamanya kanser...

pastikan anda memakai selipar sebelum membuang sisa2 kaca mentol agar kaki atau anggta badan anda tidak terdedah kepada luka akibat kaca mentol yang pecah itu...

*rasa macam buat karangan bahasa melayu plak

dah tahu serba sedikit kan? nak tahu lebih lanjut kena google carik kat mana pasaraya yang dimaksudkan itu...sebab aku tak sempat nak absorb sume info yang diberikan...saya dengar saya lupa, saya tulis saya ingat...woahahaha

notakaki : aku ni berangan sangat nak jadik aktivis alam, api tidak kesampaian...jadik aktivis alam slow2 gini je lah dulu...

SELAMAT MENGITAR SEMULA!!

Comments

Unknown said…
owhhh... baru tau nih... thanks sudi berkongsi ye...
wah menarik ni... terima kasih atas perkongsian ini... *_^
iha said…
oh gitu, iha baru tau.. thanks sbb sudi buat karangan bahasa melayu mengenai kitar semula :p
Cik Puan said…
haippp...mcm tu ke...,baru pulok cik tahuuuu
Cik Puan said…
haippp...mcm tu ke...,baru pulok cik tahuuuu
Tampawan said…
yeahh kitar semula baru betolll

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing