18 days to go

okeh, ari ni aku ke sekolah lama aku with sorang kawan lama aku, yang juga bakal posting di sarawak...ekceli, kawan aku ni la yang came out with this plan, so, aku join je...janji baekkk punya, jumpa kat kantin, pastu tetibe perasaan segan menguasai diri..adeh...aku tolak dia, dia tolak aku, last2...sumenya jadik secara natural saja...wakaka...

sempat jumpe almost sume cikgu yang pernah ngajar kitorang, espeseli time spm dulu, tp most of then dah lupa dahla kitorang sape, bila sebut, spm tahun 2004, pastu sebut bla2, ha...ingat da ingat, tp kompem nama tak hengat...alah, standardlah tu, sindrom cikgu namanya, lupa nama anak murid, sbb terlalu ramai anak muridnya, pastu dah lama tak jumpa...

tp still ada jugak cikgu yang mmg takkan lupa nama anak murid dia, terutamanya anak murid yang selalu sakit dan nakal mcm aku, kawan aku yang sorang tu bagus sket, tak mcm aku, aku kaki ponteng...

cikgu math moden aku, skrg ni dah jadi pk hem, dgr cite, nak jadi pk 1, da dapat memo, dia tgh bersedih nak tggalkan sekolah lama dia...kitorang tak berani pun nak soksek2 pasal tu, sbb takmo dicop menyebok...pastu dia belanja kitorang makan, waahhh...sangat segan seh, tp makan je lah, bila lagi dapat lepak sama2 mcm ni kan...

milo panas dan bubur nasi, kat tempat aku, kitorang panggil nasi air


ni lah tempat beli makanan bg students, dulu aku mmg jarang kuar makan time rehat, tak suka berebut, ari ni, aku duk makan kat sini, kat dalam, sama2 ngan cikgu2 lain

jumpa cikgu fizik kitorang, da jadi pk ko dah, cikgu aku ni laki, kitorang selalu kenakan cikgu ni sbb dia sangat sempoi, dia mengajar pun rilek je, smpaikan kitorang pun TERrilek sama, latihan dia bg, tak pernah nak siap, sbb dia tak pernah tanya, cuma nnti kang, dia bg la ayat makan dalam, awak yang belajar, bukan saya, buat apa saya nak marah

aku ada kisah lucu ngan cikgu ni, time tu ngah kelas, cikgu ngah ngadap papan hitam duk nulis ape tah aku sangat tak fokus time belaja fizik, sbb tu la jadi mcm ni skrg ni, aku bangun la senyap2, nak gi toilet sebenarnya, tetibe je cikgu pusing tunjuk arah aku, suh jawab soalan agaknya, disbbkan terkejut, lalu aku dgn kuat dan lantangnya cikgu, saya nak kencing, cikgu apa lagi, terus jawab hah, kencingla lalu buat gaya tadah tangan mcm nak mintak sedekah...satu kelas gelakkan aku, sekali ngan cikgu, bongek punya kawan...aku terkejut la time tu, aku dalam ati baekk punya susun ayat smbil jalan ke depan tu nak bgtau cikgu, cikgu, saya nak gi toilet tp nak buat mcm mana, laju ke word kencing tu keluar dari mulut aku...hahaha...kenangan tu, memang aku sangat nakal la dulu...nakal+sengal...

cikgu kimia aku, maintain cun siot, aku dulu satu hape pun tak faham belajar kimia, tp sbb cikgu tu kecik je, comel, pastu semangat gile ngajar kitorang, smpai aku sendiri tak sampai ati taknak belajar bila tgk kesungguhan dia mengajar, suara dia kecik je, tp dia teran jugak supaya students kat belakang mcm aku ni dapat dgr dgn jelas...aku dapat hidayah nak belajar kimia sebulan nak spm, perghh...sangatla last minute punya hidup...sume sbb cikgu tu, aku kesian tgk dia bersungguh2 mengajar, so, aku pun bersungguh2 jugakla belajar kimia...tadi, terkejut aku bila dia cakap dia dah nak pencen dah, gile tak puas ati aku sbb aku tau, dia masih muda, cun lagi, bergetah wa cakap lu...upenya, dia gurau je...huh...tarik nafas lega aku...

cikgu biologi plak...ni cikgu kelas aku, mulut mmg takde insurans lah, sume ayat dia direct kena batang idung, tp ayat dia, penuh ngan nasihat, maksud tersirat...dia pesan kat kitorang, pandai2 jaga diri, jangan layan suami orang, hahaha...cikgu ni, pastu siap nak carikan kitorang jodoh lagi...peh...cikgu ni tak habis2 nak gurau...tadi peluk, mmg takmo lepas rasanya, sayang sangat kat dia...

cikgu bm ngan cikgu agama aku, tak sempat nak berceloteh panjang, dia ada kelas...

cikgu bi, dah pindah...

cikgu sejarah aku, mc...tak dapat nak jumpa...sedih...sebab dia cikgu pidato, debat aku...pernah sekali, trial spm, aku fail sejarah, aku dapat 17/100, sedangkan markah kawan2 aku yang lain paling rendah pun 94/100...korang bayangkanlah, 17 ngan 94 tuh, bape banyak beza dia, gile aku, siap menangis lagi kena torture ngan cikgu sejarah tu, ayat dia yang paling aku takkan lupa awak saya bagi teks ucapan 4,5muka surat ari ni, esok awak dah boleh hafal, takkan awak tak boleh nak hafal buku teks sejarah dlm masa 2 tahun pedas tak pedas, gitulah yang aku kena...terus terang aku cakap, aku tak suke gile subjek baca2, sbb tu lah time nak exam paper sejarah spm tu, mak aku cakap, lulus pun takpe dah kak sejarah ni hehehe...bagus tak ayat mak aku, time nak exam sejarah tu, bleh lak aku period paint teruk, smpai takleh nak study, duduk apatah lagi, esoknya aku redah je jawab...syukur sesangat aku tak fail, malah aku dapat A1 lagi tuh, smpai ari ni aku tak percaya...cikgu sejarah aku ni smpai TERnangis bila tgk result sejarah aku, dia kata dia paling risaukan aku...hoho...tp kawan aku cakap kan, aku rasa result sejarah kau ni tertukar ngan orang lain, ni bukan result kau ni...hehehe...aku pun tatau apa yang aku karang time tuh, tp syukur sesangat tak fail...kwang3...lagik2 zaman skrg ni, zaman wajib sejarah lulus bagai nih...hoho...syukur aku dah lepas

paling kuciwa, cikgu add math aku, dia dah pindah jadi timbalan pengarah pusat ko...tak dapat nak jumpa dia, kejayaan aku ari ni byk dipengaruhi oleh dia, minat aku yang mendalam dlm subjek math ni pun sume sbb dia...sbb dia jugaklah aku nak jadi cikgu math, nak ngajar add math mcm dia...terima kasih cikgu...

hoho...besar sungguh jasa cikgu2 ni sume pada hidup sorang students mcm aku...aku harap aku boleh jadi cikgu setabah mereka, sebagus mereka, dan sehebat mereka...aku harap nnti aku dapat survive, dapat lawan cabaran yang perlu aku tempuhi, ngan perangai students hari ni...perghhh...aku doa banyak2...

antara pesanan cikgu aku

1. jaga diri leklok, jaga bahasa, jaga tingkah laku, kalu nak tegur kesalahan orang, tegurlah secara berhemah, ada orang takleh terima teguran, jadi, lebih baik kalu kita diam je, tak payah nak tegur2 kesalahan orang

2. tak payahlah nak tunjuk diri kita hebat, pandai, sebab sume tu tak penting, yang penting keje kita tiptop, mulut tak payah nak tiptop

3. serahkan saje nasib kita pada allah, kita tawakkal saja nanti, insyaallah, allah tu ada di mana2, dia akan tolong kita kalu kita percaya kat dia

4. allah takkan turunkan ujian pada kita kalu kita tak mampu nak handle, allah lebih mengetahui kita mcm mana, jadi, sabar banyak2

5. pergi sana nanti, ingat nak berjihad demi allah je, bukan nak buat benda tak baik, sebar ilmu, cari ilmu, semuanya kerana allah

banyak lagi, tp aku sendiri dah lupa dah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan...adeh...takde lah, td terlampau banyak kata2 nasihat, smpaikan aku sendiri naik bingung...

notakaki : terima kasih pada cikgu2 semua, jasa kalian tak mungkin dapat aku balas, hope dapat jadi cikgu yang hebat mcm cikgu2 semua...semoga allah mencucuri rahmat dan kesihatan buat cikgu2 semua...amin

Comments

Anonymous said…
hehehe... akak buat countdown kan ? mesti rindu gle dekat maktab. tak pe kak. move tmpt y best kot. nnt nnt akak update ah citer dari sane. hehe
terima kasih kongsi nasihat kat sini...
therosputih said…
k_own
a'ah, countdown utk akak sendiri...nnti dah hbs countdown, haruslah kongsi cerita dari sana plak...hope sana bulih online ngan jayanya...kalu tak, mau gian akak nak berblog...
therosputih said…
yan
sesama...moga bulih jadi panduan kita bersama...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing