hujan oh hujan

sudah 3 hari hujan turun tanpa tanda2 nak berenti, sangat lebat, sampaikan aku susah nak bangun pagi aik...salahkan ujan lak

kelmarin, hujan paling lebat yang pernah aku tgk sepanjang tahun nih, tahun2 sudah, toksah cakap byk la kan, selalu dah alami...

pastu semalam, aku keluar pegi bandar, tambah stok benang, masa nak pegi, alhamdulillah, hujan gerimis2 je, tp on the way nak balik umah...mak aih, smpai takleh nak bawak kete...

bayangkan, kadar penglihatan yang sangat terhad, bawak 20km/jam pun rasa mcm dah sangat bahaya, dengan tak nampak jalan mcm mana, lubang kat mana, kete lalu lalang, ditambah2 kot2 ada bebudak duk main air ke hape kan...sangat bahaya...mak aku kat sebelah, aku dgr, sokseksoksek dah duk mengucap, bertambah2 pahala kejap kan...yelah, duk selawat bagai, moga dipermudahkan perjalanan kami...aku sendiri pun, dalam ati, ya allah ya tuhanku, selamatkanlah kami sekeluarga, selamatkanlah pengguna jalan raya yang lain

alhamdulillah, selamat sampai...

kesian tgk kat tempat2 rendah yang lain, dah kena pindah tempat tinggi bagai, kesian jugak kat ayah aku, sbb kena jaga pos kawalan, kot2 ada kecemasan ke hape kan, semalam, tgh malam baru balik, ari ni...seharian lagi duk jaga pos...

nasiblah kat umah aku ni, kira kawasan tinggi jugakla kan, kalu ujan lebat tak berenti pun, paling2 tinggi air naik takat paha jugaklah, alah...tu biasa dah lah tu...pernah sekali takat dada...tp bila ujan dah reda, kejap je air turun balik...syukur alhamdulillah, setakat ni, paling teruk pun, hilang selipar je lah, hanyut dibawak air...

notakaki : opss...lupa nak cakap, penanda aras yang aku mention bila air naik tu adalah ayam ayah aku je

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing