islam agamaku

mood tambah pengetahuan tentang hukum agama

aku dapat info2 ni sume kat sini, nak bace lebih lanjut boleh la klik sendiri ye...aku nak share beberapa soal jawab yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama kat sini, moga kita sama2 mendapat manfaatnya, termasuklah aku sendiri...

soalan satu
apakah hukum bagi seorang lelaki itu memakai seluar ketat tetapi masih menutup auratnya?
jawapan
Haram atas perempuan memakai seluar ketat hingga menampakkan bentuk punggung atau pahanya. Ada pun kaum lelaki maka hukumnya adalah makruh tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya maka tidak sunyi hukumnya dari haram.

soalan dua
1. pendapat mengenai usaha yang dibuat golongan tabligh zaman sekarang
2. hukum meninggalkan isteri dan anak 40hari atau 4bln yang dilakukan oleh jemaah tabligh zaman skrg walaupun isteri dan anak meredhainya
jawapan
1. usaha dakwah tidak dinafikan satu kerja kebajikan yang menjanjikan ganjaran yg besar di akhirat nanti. Di akhir zaman ini kerja2 seperti ini tidak disukai oleh setengah orang bahkan ada yang membenci padahal dengan sebab dakwahlah Islam tersebar ke serata alam. Ini berpunca dengan sebab jahil dan terlalu mementingkan kehidupan dunia.

Siapa saja yg menyatakan dan menyampaikan Islam walau dimana sahaja maka dia telah mendapat kemuliaan disisi Allah swt samada namanya gerakan dakwah, atau tabligh atau apa saja namanya.

Skop dakwah sekarang semakin luas. Oleh itu buatlah sekadar yg mampu dengan ruang yg sedia ada utk berdakwah samada menyertai tabligh atau jemaah2 lain atau berdakwah dengan tulisan didalam kitab dan buku, tv mahu pun internet.

Cuma ingat apbila kita telah melakukan kerja dakwah, bertawakkallah kepada Allah swt kerana dia sahaja yg menetukan kejayaannya dan sentiasalah menganggap apa yg kita buat itu masih belum sempurna dengan sentiasa ada azam memperbaiki diri dan jemaah.

2. Jika kewajipan terhadap anak isteri telah ditunaikan seperti nafqah makan minum dan tempat tinggal maka tidak ada masalah meninggalkan mereka kerana kerja2 agama.

Pandangan setengah masyarakat yang mengatakan haram meninggalkan anak isteri kerana pergi berdakwah adalah tidak tepat dan terburu2.

Yang tidak betul ialah meninggalkan mereka tanpa menunaikan kewajipan yg sepatutnya sebagaimana disuruh oleh agama


amacam? menarik tak? pastu yang ni aku baca kat sini lak

soalan
Adakah tidak salah jika suami meninggalkan isteri setiap hari dari pagi hingga subuh semata-mata mengikuti kumpulan tabliq
jawapan
Suami perlu ingat bahawa isteri dan anak-anaknya mempunyai hak ke atasnya, dan dia tidak boleh mengabaikan keperluan kewangan dan kasih sayang kepada mereka.

Jika dia keluar sehingga mengabaikan keperluan (fizikal, emosi, mental) ahli keluarganya, tentulah dia telah dikira mengabaikan tanggungjawabnya yang utama, sedangkan keluar berkumpulan itu bukanlah lebih penting dari menjaga keperluan ahli keluarga, kecuali keluar itu menjadi wajib baginya (contoh: kena pergi berperang sebab musuh serang negara, dll).

soalan
Adakah benar ajaran islam bahawa anak-anak dan isteri hanya utk sementara sahaja dan bukan sampai ke akhirat? Adakah tidak salah jika suami meninggalkan isteri setiap hari dari pagi hingga subuh semata-mata mengikuti kumpulan tabliq dan akhir sekali tanpa usaha hanya berdoa sahaja rezeki akan dtg pada kita?
jawapan
Rujuk kepada hadis sahih muslim berkenaan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak isteri dan pendidikan yang mana ianya wajib bagi seorang muslim

Hadis 948 Jilid 2 Sahih Muslim:
Nafkah Yang Utama

Dari Tsauban r.a katanya Rasulullah saw bersabda”Sebaik-baik dinar (duit atau harta) ialah yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya, untuk ternak yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela Agama Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi sabilillah”

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Dinar (duit atau harta) yang anda nafkahkan untuk membela Agama Allah (fi sabilillah) , atau yang anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan) budak, atau yang anda nafkah untuk kesejahteraan orang miskin, dan anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka paling BESAR PAHALANYA ialah yang anda nafkahkan untuk keluarga sendiri”

DALAM HADIS INI SAYA BESARKAN HURUF PALING BESAR PAHALANYA IALAH YANG ANDA NAFKAHKAN UNTUK KELUARGA SENDIRI.

NYATA DISINI AHLI JEMAAH TABLIGH INI TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB WAJIBNYA IAITU MEMBERI NAFKAH YANG CUKUP kepada keluarganya.

itulah kesilapan segelintir ahli Jemaah tabligh apabila nak keluar berdakwah. masalahnya ahli keluarganya sendiri tak selesai tetapi sibuk nak berdakwah kepada orang lain. Itulah kesilapan yang nyata. jika nafkah keluarga dan pendidikan anak-isteri sudah selesai, anak-anak dah pandai mengerjakan solat, membaca alQuran, maka tak menjadi kesalahan seseorang itu untuk khuruj,keluar berdakwah dengan syarat PASTIkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sudah selesai. kerana hal ini akan ditanyai Allah.Tanggungjawab mendidik anak dengan Islam adalah lebih utama daripada kita pergi berdakwah keluar. berdakwah kepada masyarakat setempat adalah lebih utama, berdakwah kepada jiran adalah lebih utama.

Jadi kelihatlah kepada keutamaan dahulu.

Tak salah kita khuruj jika kita sudah selesaikan tanggungjawab kita mendidik anak isteri kita. Itulah yang lebih aula (utama)
Wallahu a'lam


mmm...saje je ni bace isu2 mcm ni, sambil tambahkan pemahaman...ada satu ayat tu, aku dah lupa dah mcm mana tp lebih kurang mcm ni lah,

kita tidak boleh menghukum seseorang tu sebab tugas menghukum hanya milik allah

setiap kekurangan yang ada itu datangnya dari aku, setiap kenikmatan itu semuanya datang dari allaj...waallahuwa'lam...


notakaki : aku insan punya iman yang lemah

Comments

Anonymous said…
thanks akak ! peringatan nih...
therosputih said…
k_own
sama2 lah kita mengingatkan sesama sendiri...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing