kenapa saya suka awak?

banyak kali awak tanya saya kan, kenapa saya suka awak, kenapa saya sayang awak...saya suka tengok mata awak setiap kali awak tanya soalan yang macam tu...

"awak....bukan saya tak nak jawab, cuma saya rasa tak penting semua tu, yang penting saya gembira bila bersama awak"

pastu awak senyum tawar, mengangguk tanda faham...tapi saya tahu awak tak puas hati kan dengan jawapan saya...

hari ni, saya nak cerita kenapa saya suka kat awak...awak dengar ek...
*
*
masa tu, saya bangun lambat nak gi kelas, roomate saya dah pesan dah, esok pagi jangan lupa bangun awal sket, sebab kelas kat bangunan baru, tapi saya tetap terbangun lambat...nak buat macam mana kan...cepat2 saya bersiap, tengok kat bus stop, penuh...siap bertenggek tepi2 pokok lagi...dalam ramai2 tu, saya nampak awak, tengah berborak ngan kawan awak, awak nampak sangat ceria, bersemangat...saya terus jatuh cinta dengan awak...

esoknya, saya bangun awal, siap2 nak gi kelas, hari ni tak seramai semalam...bila saya toleh kiri, saya nampak awak, di belakang pokok, sorang2, awak tak pandang pun saya, awak pandang depan je, tengok bus...kita naik bus yang sama, awak naik pintu depan, saya naik pintu belakang...tapi mata saya tetap pandang ke arah awak, sbb saya sukakan semangat yang awak tunjukkan...

hari seterusnya, saya nampak awak lagi, kali ni awak pakai baju kaler biru, saya pun pakai kaler biru, bangga kejap, rasa mcm sedondon je, saya mula berangan nak berkenalan dengan awak, tapi saya takut, mesti awak tak layan orang mcm saya, tengok gaya awak, awak jenis yang susah nak dekat...saya simpan perasaan tu...tapi saya ada jugak tanya2 kawan rapat saya, siapa awak, tapi diorang pun tak bape kenal awak...tak mengapalah...takde rezeki kot lagi...

lama-kelamaan, saya dah jarang terserempak dengan awak, tapi kalau terserempak, saya akan balik bilik dengan penuh gembira...seronok sangat...

sehinggalah suatu hari, saya mengambil keputusan untuk melarikan diri dari kesibukan rakan sebaya...saya terlibat dengan satu usahasama pelajar luar, dengan rasa rendah diri yang teramat sangat, yelah, saya seorang diri, sedangkan pelajar lain, mereka berpasangan atau mungkin berkumpulan...tapi itu tetap tidak menghalang semangat saya...apabila tiba saat ketua mengumumkan untuk memperkenalkan diri masing-masing, seorang pelajar di sebelah kanan sekali memperkenalkan diri...saya kenal suara itu...laju saya menoleh, dan saya tengok awak...saya bukan main lagi terkejut, dan saya tahu saya tidak bermimpi...itu adalah awak...saya tersenyum sendiri...

bermula dari hari itu, kita saling mengenali, bagi saya, pertemuan itu melengkapkan kitaran pencarian saya...dan bermula dengan hari itu jugalah, kisah cinta saya bermula dan masih bertahan sehingga hari ini...

ohh ya...soalan awak, tentang kenapa saya suka awak, kenapa saya sayang awak, sehingga hari ini, saya masih tak ada jawapan untuk itu...tapi adakah awak berpuas hati dengan jawapan saya hari ini? saya tahu, awak diam sebab dalam hati mesti awak cakap, untuk soalan yang sama, tetapi jawapan yang berbeza sahaja setiap hari...saya dah agak dah awak, mesti awak tetap tak puas hati dengan saya...tapi awak diam je kan...dah berapa lama awak diam macam ni, tapi saya tetap di sisi awak dengan pelbagai cerita cinta kita...

doktor datang la sayang, saya keluar sekejap yer...
*
*

seperti yang disaksikan di dalam sebuah wad rawatan rapi, si suami tetap setia menemani si isterinya yang terlantar koma

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing