Sunday, October 31, 2010

lama tunggu bang?

Views
ada kereta yang tidak dikenali masuk, parking2 betul2 kat depan rumah, keluar seorang lelaki berpangkat abg, juga tidak dikenali, berpakaian kemas, kemeja yang dipakai dituck in dengan elok...

abg itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya kemudian diletakkan di telinga, telefon bimbit barangkali, nampak abg itu berbual...mukanya serius...dia melihat-lihat tayar depan belah kanan keretanya...

aku beritahu ibu akan kehadiran abg itu, bila ibu bertanya gerangannya, dengan laju dan penuh keyakinan di dada, aku menjawab,

tak tahu, kereta dia rosak

aku dalam hati, mesti dia telefon kawan dia, menyatakan keadaan dia dan menunggu kawannya datang untuk memberi pertolongan

aku mundar-mandir di luar rumah dengan harapan abg itu akan bertanyakan sesuatu kepadaku, tapi hampa saja, seolah2 aku tidak wujud...

aku dalam hati, sombong....bukan aku nak ngorat pun, kalau dah kereta rosak, bagitau jelah, bukan main parking depan umah aku, kalau tayar pancit sekalipun, aku leh tolong amekkan alatan, nak suh aku tukarkan, sumpah aku tak reti

ibu yang dari tadi sibuk di dapur mengambil keputusan untuk keluar dan melihat sendiri kelibat abg kereta rosak yang aku maksudkan

la ila ha illallah...tunggu orang rumah ke? dia tak balik lagi

aku : hah?

aku mendapat pandangan tajam dari ibu,

kak...pergi masak air, buat air cepat, bukan orang lain ni

aku : ok

sambil itu aku mendengar cerita+salasilah+sejarah berkaitan abg kereta rosak itu

notakaki : sape suh berenti kete, kuar pastu terus tgk tayar kete...memang aku hengat org kete rosak la...padan muka abg kena tunggu lama2

No comments: