jejak yang tidak berkasih part 1
kelmarin, aku baru dapat tahu, atau aku yang terlambat diberitahu bahawasanya aku masih punya moyang, tp bukan moyang betulla, moyang saudara, iaitu abg kepada moyang aku, moyang aku dah meninggal mase aku nak spm, tahun 2004, ni abg dia lah nih, aku tak pernah tahu pun kewujudan dia, ke sbb aku yang tak ambil tahu?
yang aku tahu, family belah ayah aku sangat ramai, sangat ramai hokeh!!sebab kalau sedara satu kampung, tu kira okay lagi, ni merebak sampai ke kampung sebelah sebelah sebelah sebelah...huh...kuss semangat kalau tetibe tahun ni nak wat marathon ziarah raya...lemah semangat aku...bukan lah aku taknak kenal sedara, tp sbb ramai sangat, putus selera nak kenal, pastu plak, hubungan persaudaraan tuh, mak bapak aih, smpai berkuasa2 tiga agaknya...anak sepupu sepupu sepupu sepupu sepupu, pastu bapa saudara kepada bapa saudara kepada bapa saudara...huh...aku kalau dah lebih kepada sepupu sepupu je, aku dah pening dah susur galurnya...mcm mana nak hengat nih...
okeh...kembali kepada cerita moyang saudara aku nih, semalam, baru berkesempatan nak ziarah dia kat unit rawatan rapi bukan icu, tp ccu rasanya lupa nak tgk betul2 semalam
mase sampai je, carik katil....aku sempat la tgk sekejap, pastu ada guard datang sound suh blah, sbb satu katil hanya boleh ada 2 pelawat pada satu2 masa, see...it shows that keadaan pesakit yang sangat tidak mengizinkan...so, dengan hanya beberapa minit tuh, aku smpatla kenal, dia moyang saudara aku, wajah tak bape jelas, sebab wayar berselirat...pastu pakai topeng oksigen lak...
berdasarkan cerita2 makcik2 kat situ, atuk ni dah lama sakit, mcm2 penyakit ada, yang paling kronik adalah paru2...sangat dasat...sayu jap, sbb tak sempat kenal...aku rindu kat atuk aku...sob3...atuk ni teringin sangat nak jumpa ayah aku, siap pesan2 lagi kat sedara aku yang lain suh ayah aku ni datang jenguk dia, maybe sbb waktu ayah aku kecik2, dia selalu main2 ngan ayah aku kot, sbb ayah aku ni membesar ngan moyang aku...
ayah aku cakap, dia sempatla borak2 kejap ngan atuk tu, borak apa? tataulah...
pastu tadi pagi2 lagi henset ayah aku berbunyik2, mak aku yang jawab, aku tak bangun tido agi, aku dgr mak aku cakap bila? hmmm...mmg tunggu abah dia lah tu, nak jumpa sangat...pas jumpa je, dah takde dah...pastu bila nak simpan? ooo...okaylah gitu, tgklah nanti pukul bape kami sampai...assalamualaikum...
aku ngan mata yang masih belum mahu dibuka, dah dapat agak dah apa yang berlaku...innalillahiwainnailaihirojiun...semoga rohnya dicucuri rahmat....
notakaki : sayang...tak dapat nak mengenalinya lebih lanjut...allah lebih menyayanginya...
Comments