pengakuan eksklusif

1. jika anda mahu menghulurkan simpati kepada mereka yang anda rasa memerlukan, maka lebih baik anda simpan perasaan itu untuk diri sendiri

2. memang benar senyum itu sedekah tetapi jika senyum sinis atau senyum tapi dalam hati penuh kepura-puraan, maka bermasam muka adalah lebih baik

3. jika seorang rakan dalam masalah, dan anda pula ada banyak kerja, adalah lebih baik anda siapkan kerja anda terlebih dahulu daripada membuat kedua2 kerja pada waktu yang sama, seperti menyiapkan kerja anda sambil bertanya khabar rakan, memang niat anda untuk membantu rakan, tetapi tindakan sebegitu sebenarnya seolah2 anda mahu menunjuk2 dengan rakan anda dengan kerja yang anda lakukan dan anda juga tidak memberikan sepenuh perhatian padanya, ini menyebabkan rakan lebih terasa hati, lebih baik biarkan saja dia bersendirian sehinggalah anda bersedia memberi sepenuh perhatian kepadanya

4. jangan fikir anda memahami orang lain sekadar dengan mendengar ceritanya dan terus memberi nasihat, beri peluang untuk dia bercerita kesemuanya

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati