bila kau tiada


lama sungguh hari berlalu
hening malam menyeksaku
bila bersendirian
sepi jadi pilu
kau pergi aku yang hilang
sedikit pun hidup tak senang
langit cerah ku renung
mendung kelabu
kerana diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
fikiran tak keruan
jiwa rasa kekosongan
diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
pulangkan dia ke pangkuanku
yang digemar menjadi bosan
sukarnya cari ketenteraman
bila hati bersedih
semuanya tak betul
ku cuba
setabah hati melupakan
dirimu dari ingatan
tapi semakin dicuba semakin rindu
kerana diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
fikiran tak keruan
jiwa rasa kekosongan
diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
pulangkan dia ke pangkuanku
kerana diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
fikiran tak keruan
jiwa rasa kekosongan
diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
pulangkan dia ke pangkuanku

notakaki : aku perlukan kamu

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati