Friday, October 22, 2010

mode sedih

Views
masih lagi dalam mode sedih...mcm2 benda y sebabkan kesedihan hari ni...salah satunya, entry kat bawah ni, perginya ocek...pastu tmbah2 ngan benda2 di sekeliling kita...kalau diikutkan kesedihan ni, mau bertong2 air mata aku boleh tadah, tp bila fikir balik...esok mau dating ngan teman lama, kenalah jaga sket mata, nnti kang kena tegur, aku malas ah nak berhujan depan dia...

ohoo...air mata...bawak2la mengucap eh...

kesedihan tu lawannya kegembiraan...kalau hidup ini sentiasa dalam mode kegembiraan pun, takleh gak, nnti kita alpa...sedih2 ni buat kita makin dekat ngan allah, biasalah...manusia memang mcm tu...kalau time susah, baru carik tuhan, kalau time heppi, tuhan pun tatau apa maknanya...

kesedihan tu mengajar kita erti hidup, supaya kita menghargai apa yang kita ada dalam hidup kita, mengajar kita bahawa kita tak kan selamanya memiliki, kerana kita hanyalah sekadar hamba, bukan pencipta...

kesedihan membolehkan seseorang itu melengkapkan diri dengan sistem pertahanan yang lebih baik, atau dengan erti kata lain, mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih matang, lebih dewasa dalam meniti cabaran hidup, tidak mudah tunduk dengan masalah...

kesedihan yang diterima, boleh menjadikan seseorang itu insan yang hebat...ramai artis, orang seni yang terkenal dek hasil karya yang hebat di mana hasil itu tercipta di kala mereka dilanda kesedihan...kesedihan yang dirasai diluahkan menjadi karya-karya agung...

bila aku dalam kesedihan, tiada karya agung yang lahir, tiada kematangan fikiran yang terhasil, tiada apa yang dapat dibanggakan kerana hanya air mata yang keluar...merintih dan merintih...semuanya air mata...kerana aku sukar mengatasi kesedihan yang ada...


notakaki : sangat sedih...

2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sudah nak jadi apa nak buat....
esok kan nak dateing jangan sedih rosak mode

therosputih said...

nak buat mcm mana...sesekali, tewas ngan kesedihan kan...