mencari erti kebahagiaan
apa erti kebahagiaan bagi anda?
anda bahagia bila bangun pagi, anda tak rasa sesak kepala berfikir hal2 duniawi, sesak kepala fikir akhirat takpe, sangat digalakkan, jadi, bila bangun pagi atau ada ketika dalam hidup anda, anda rasa sesak, anda berada jauh dari titik kebahagiaan...
kebahagiaan ini sebenarnya datang dari allah, jika hidup tidak diredhai, mana mungkin kita bahagia, mungkin kita rasa bahagia, tp cuba duduk diam sekejap...pastu tanya balik, betul ke aku bahagia? kalau anda yakin anda bahagia, maka...memang anda bahagia...kalau tak, maaf...sila cuba sekali lagi...
entry ni aku tujukan khas pada mereka yang tengah bahagia, dan tidak bahagia...pendek kata, aku tuju kat sume orang lah, senang cite kan...orang bace sekali je terus faham...cakap ttg kebahagiaan orang, aku bahagia ke? hahaha...tibe2 teringat lagu siti nurhaliza, biarlah rahsia...lirik awal2 dia
pernahkah kau bermimpi
seketika berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
bahagia atau sengsara, takperlulah kot untuk dihebahkan kepada semua orang, asalkan kita tahu apa yang berlaku ngan diri kita, itu sudah cukup, selebihnya, kita ngan tuhan je...enjoy hidup ini seadanya, bak kata puteri dalam cite apa tah tu, yang si nora danish berlakon ngan beego tuh...
kita enjoy!!!
Comments