harga sebuah kata-kata
pepatah lama ada mengatakan
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
tak pun
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
memang indah susunan kata lama ni, sejak dari zaman pak kaduk lagi kita dah dibiasakan diri ngan pepatah mcm ni, tp selalunya pandai sebut je, tak pernah nak ambil iktibar dari maksud tersiratnya...
betul kata tun mahathir dulu,
melayu mudah lupa, manusia mudah lupa
apabila sudah terlanjur kata-kata, apa lagi yang kita perlu lakukan selain mengharap kemaafan dari pihak terbabit...tp, pernahkah anda mendengar cerita ini?
paku kalau diketuk ke dinding, boleh dicabut, tapi apa yang tinggal? parut yang hodoh
jadi, andai kata kemaafan telah diberikan, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa...belajarlah dari pengalaman...
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
notakaki : teringat iklan "i killed my brother..."
Comments
brtapa puitis nye madah melayu kn...