perbezaan lelaki dan perempuan

aku ni bukanlah seorang penyelidik mahupun pengkaji sesuatu masalah ala2 berpangkat professor apatah lagi professor madya, tp apa yang aku tuliskan di sini hanyalah berdasarkan pengalaman semata-mata...

apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan?

ini bukanlah soalan upsr ataupun soalan pmr, jauh sama sekali soalan spm, jadi sila jangan jawab dengan jawapan berdasarkan perbezaan fizikal semata-mata, i want something more yang tidak nampak dgn pandangan mata kasar, perhalusi lagi pandangan anda

apa yang aku nmpak perbezaan antra lelaki dan perempuan yang paling ketara adalah cara pemikiran kedua-dua jantina ini...aku tataulah plak istilah saintifik yang sesuai walhal aku pernah bace tentang isu ini agaknya kalau nak tau lebih lanjut, mungkin kena wat sedikit personal research la kot yang mana aku malas plak nak menggoogle cariknya sekarang ini

kat sini, aku ada a few examples that show apa yang membezakan pemikiran lelaki dan perempuan

situasi satu
suami : hujung minggu ni kita balik kampung belah saya
isteri : okay
hari kejadian : suami rilek je tgk kartun pagi2, tapi si isteri, berpeluh sampai ke betis sebab nak siapkan barang2, susu anak lagi, kelengkapan anak, suami hanya tahu, dah siap? waktu decide nak balik, suami tak fikir pun nak beli barang pape yang tak cukup mcm susu anak ke apa ke, sedangkan masa hari kejadia, isteri kena make sure dapur bersih, peti sejuk bebas makanan tak tahan lama dan sebagainya

situasi dua
suami : esok sambil teman awak gi beli benang, abang ada keje nak disetel
isteri : keje apa?
suami : bayar bil kat pejabat A, beli tayar kete kat kedai B, jumpa kawan di restoran C, pastu nak singgah kat kedai D ngan E nak setel hal pejabat
isteri : banyaknye tempat, sempat ke setel esok?
suami : sempat je
hari kejadian : dengan taktau jalan, suami tak fikir awal2 mcm mana hari itu akan berjalan, pendek kata, suami tidak merancang bagaimana hari itu akan berlalu, sedangkan isteri, lebih awal plan bagaimana untuk menjalani hari itu supaya berjalan dengan lancar

kesimpulannya?
aku sendiri pun takde pengalaman sangat dalam hal ni, cuma pernah melalui beberapa pengalaman yang menyebabkan aku terlintas ttg sesuatu perkara...inilah yang membezakan lelaki dan perempuan...jadi, kalau rasa nak marah ngan pasangan masing2 ttg perkara sebegini, ingatlah bahawa ini adalah perbezaan yang diciptakan oleh allah akan hambanya...dari sudut positif, perbezaan seperti inilah yang membawa pasangan itu ke arah kemantapan perhubungan mereka...cuma, susah untuk kita menyedari perkara ini apabila ditimpa ujian...


notakaki : janganla perbezaan seperti ini bikin gaduh2, bawak berbincang dengan aman, kedua-duanya perlu duduk dan berbincang bersama-sama, barulah harmoni

Comments

dD said…
i like n3 neh...
therosputih said…
klikla icon like tuh...hehehe

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati