pilihlah yang sekufu

rasa2nya, bila sebut je sekufu, confirm teringat pesan mak nenek masing2 bab nak memilih calon pasangan, kalau boleh, biarlah sekufu...dalam agama islam sendiri terang2an dalam tajuk nikah kawin nih, tulis kriteria pemilihan bakal suami atau bakal isteri, tak nombor 2, nombor 3, mesti ada tulis PILIHLAH YANG SEKUFU yakni sama taraf sama ada pendidikan, taraf ekonomi dan sebagainya...bukan main rembat je apa yang terjumpa tepi jalan...

kat sini a few reason on why you should choose your future husband or wife among the sekufu things...contoh2 yang aku pakai kat sini more on pasangan kapel2 lagilah sbb susah dah kot nak jumpa zaman sekarang orang kawin main telek muka ngan tapak tangan je, telek dari atas sampai bawah dah...


1. sekufu dari segi pendidikan
mendapat peluang pendidikan yang sama level boleh meminimakan perbezaan yang ada antara dua orang itu, nnti da kawin senang la kot, nak didik anak, ayahnya teror sejarah, hah...amek kau, pulun sejarah ngan ayah, maknye teror bahasa melayu, hah...berpantun madah sastera lah...

2. sekufu dari segi umur
kalau dari segi umur, sebaya adalah lagi bagus...tp aku tak nafi ada yang kawin ngan orang yang beza 10 tahun, sampai beranak pinak, bahagia je...nabi sendiri kawin ngan siti khadijah yang older than him...cuma, bila kita sebaya, kebanyakan aktiviti masa kecil adalah lebih kurang sama, takdelah yang sorang ni mase kecil asyik berkepit ngan ps2, yang sorang lagi, ngan patung tocang dua je memanjang...membesar dgn lagu popular yang sama...kalau tak, jadik kes yang sorang ni cair ngan lagu a ramli, yang sorang ni plak ngan lagu hoobastank...masyhuk tak masyhuk...

3. sekufu dari segi taraf ekonomi
taraf ekonomi kat sini lebih kepada taraf ekonomi kedua2 itu sahaja, keluarga tak termasuk oke, kalau mak bapak kaya nak mampos sekalipun, anak tak keje, tetap dipanggil sebagai takde duit sbb sume tu duit mak bapak dia, bukan duit dia...jadik, kalau sorang dah keje, dah bleh pegang duit, yang sorang lagik melangguk tadah air ujan di musim kemarau, haih....lupakan saja, melainkan korang memang berhati mulia tulus suci...maka, teruskanlah....kalau aku...fikir 2,3 kali sbb ini bukan cara aku...harap maklum...

4. sekufu dari segi mentaliti
kalau salah sorang dah bleh dikategori sbg tak bape nak waras, maka...baik korang bersiap sedia ngan periuk kuali sebagai agen perlindungan, sbb ini serius...melibatkan soal keselamatan diri sendiri dan juga mereka di sekeliling...kalau pasangan jenis yang baran tetibe tanpa ada angin ribut topan, maka...bersiap sedia lah utk blah...


sekufu atau tidak, kalau korang memang "saya yakin aznil, saya pilih SANGGUP hidup bersama" maka, teruskanlah...kalau korang sendiri yakin ngan tak yakin sama banyak, bawak2lah berbincang sbb ini melibatkan masa depan...perkahwinan bukan sekadar akad dan lafaz, tetapi juga kehidupan selepas akad dan lafaz itu...dan kehidupan selepas itu adalah untuk for the rest of your life dan bukannya 2,3 tahun...

kadang2, perbezaan itu menyebabkan sesuatu perhubungan itu bertambah erat, dan persamaan itu pula menyesakkan...

kalau dah memang jodoh, nak buat macam mana, setiap yang berlaku itu adalah perancangan terbaik allah buat kita...kalau dah memang jodoh, asam di darat ikan di laut dalam periuk bikin muafakat jugak kan...

akhir kata, pada mereka yang bakal berkahwin, selamat pengantin baru dan selamat berkahwin, pada mereka yang dah ada plan2 nak kawin tuh, selamat maju jaya, semoga hidup kalian diberkati

notakaki : aku takleh kawin ngan sesape sebab aku tak sekufu ngan sesape, aku adalah aku, aku adalah eksotik, sama macam binatang iguana tuh, eksotik...paham??? aku = iguana, maka aku + iguana = ????

Comments

L@L@milie said…
ok , setuju !! mmg sekufu tu penting kadang2 ..tp jgn la over terlebih :)
therosputih said…
L@L@milie
memang dalam apa2 jua sekali pun, tak boleh melebih2 dan terlebih, adalah lebih baik bersederhana sahaja...insyaallah...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing